Umpan memancing


Hari minggu sekarang ini penuh dgn undangan khenduri.Di majlis ini selalunya kita akan dpt berjumpa dgn kawan-kawan.Banyak lah cerita-cerita terkini.Semalam berjumpa dgn group yang suka memancing,so topic perbincangan mereka adalah memancing.
Berbagai kaedah dan petua memancing di ceritakan,ada yang menceritakan tentang kehebatan masing-masing dalam memancing.Yang menarik perhatian saya adalah berbagai umpan yang digunakan.Kata Amat "utk mendapat udang ,mesti pakai kompon(sejenis cacing tanah lumpur di tepi sungai).Cacing tanah biasa tak berapa menjadi" .Si Kaer pula kata" nak dapat ikan Terusan atau Ikan Palo ,kita gunakan anak udang fresh".

Daripada perbualan mereka,kita boleh rumuskan bahawa mereka mengetahui apakah kegemaran ikan dan keinginan(preference)setiap ikan di Sungai Samarahan.Dan mereka tahu di mana lubuk ikan dan lubuk udang dan yang pentingnya megelak lubuk buaya.
Kita boleh gunakan anologi ini utk kita gunakan dalam perhubungan manusia.kita tahu bahawa manusia adalah unik dan berbagai ragam.kita perlu mengkaji dan meneliti keperluan,kesukaan, kegemaran,perkara yang tak disukai dan dibenci mereka, kita akan dapat mengujudkan satu perhubungan yang harmoni.
Apabila anda berusaha secara konstan melayan org lain dgn cara yang sama anda mahu dilayan,anda akan menjadi org yang disukai org lain dan menjadi org yang mereka sayangi dan yakini.
Apabila anda belajar mengurus emosi dan ego anda,apabila anda sentiasa mengambil kira keperluan org lain,anda pasti akan berjaya MEMANCING dgn kebaikan serta MENANGKAP lebih ramai kawan.
Dengan itu kita perlu belajar jenis-jenis ikan yang ada dan mengetahui kegemaran ikan tersebut supaya kita dapat menyediakan umpan yang sesuai utk mendapatkan mereka.

Comments

Popular posts from this blog

...PILIHANRAYA...KWS MELAYU.....

Gambir Sarawak

belajar bahasa melayu sarawak....