Beauty in the eye of beholder


Keindahan terletak pada pandangan orang yang melihatnya.INI BERMAKNA KITA MELIHAT APA YANG INGIN KITA LIHAT PADA DIRI ORAN LAIN.

Kita ketahui bahawa setiap manusia mempunyai kombinasi 'perasaan','emosi', dan 'pemikiran'. dan kita ketahui juga setengahnya baik dan ada yang tak baik.Tak semuanya perfect dan tak semuanya jahat atau tak baik.

Perlu di ingatkan pada diri kita sendiri,pandangan kita terhadap seseorang lebih banyak bergantung kepada diri kita sendiri dan harapan kita terhadap orang itu.
Jika kita percaya bahawa sesuatu itu baik,kita akan menemui kualiti-kualiti yang baik.Begitu juga sebaliknya.

Jika anda seorang yang positif,anda akan lebih cenderung utk mencari kualiti positif dalam diri seseorang itu.

Untuk mencari kelemahan orang lain amat mudah tetapi apabila kita mengenalpasti kebaikan dan keistemewaan nya kita akan dapat menceriakan nya dan diri kita sendiri.Dan yang paling penting sekali akan memudahkan perhubungan kita dgn nya.

Jangan kita terlalu cepat hendak menghukum org lain,mengatakan org itu jahat,org itu tak baik dan sebagainya.mungkin dia mempunyai kelebihan dan sifat yang lain yang lebih berkualiti darpada kita.Masih ingat kah cerita seorang pelacur dgn anjing yang kehausan.Dosa nya di ampun tuhan kerana ia mempunyai hati yang mulia.
Dan yang paling utama,jangan kita menghina seseorang kerana mungkin org yang kita hina itu lebih mulia daripada diri kita sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

...PILIHANRAYA...KWS MELAYU.....

Gambir Sarawak

belajar bahasa melayu sarawak....