Perempuan cantik dan perempuan tak cantik


Orang lelaki kalau pasal komen orang perempuan memang tak boleh lawan,dia org memang kreatif.Yang mengomen pulak bukan nya hensem sangat tapi bila mengomen org mcm dialah org yang paling macho.Sourgrape kot...

Kalau perempuan cantik berdiam diri dan control ayu
lelaki akan kata:Waduh....ini yang gue cari..gadis idaman..
kalau pempuan tak cantik berdiam diri dan control ayu
dia org akan kata:apalah dia ni...tak reti nak komunikasi...berat mulut...

Kalau pempuan cantik buat jahat atau nakal
lelaki akan kata: ini mesti ada masalah , neglected child ,salah asuhan...
kalau pempuan tak cantik buat jahat atau nakal
lelaki akan kata: dah lah tak lawa...perangai huduh pulak tu..

Kalau pempuan cantik dapat laki atau boyfren hensem
lelaki akan kata:Padan la dgn dia..
kalau pempuan tak cantik dpt laki atau boyfren hensem
lelaki akn kata:Tak patut ,unfair,mesti org laki tu buta atau rabun punya
atau pempuan ni mesti pakai bomoh

kalau pempuan cantik pakai kereta mewah(merc ke,bmw ke,celica ke)
org lelaki akan kata:Mesti jadi pempuan simpanan ni,datuk mana yg bela dia
ni...
kalau pempuan tak cantik pakai kereta mewah
Dia org akan cakap:Ala...jgn nak eksen..bapak punya tu.mesti anak org kaya

Kalau pempuan cantik suka dgn kanak-kanak
lelaki akan cakap: aduhai...caring betul dia ni..
kalau pempuan tak cantik suka kanak-kanak
Dia org akan cakap: berlakon la tu...buat-buat caring..

kalau pempuan cantik menangis
Org lelaki akan cakap: so cute..u nangis makin cantik
Kalau pempuan tak cantik menangis
dia org akan cakap: ngada-ngada betul dia ni...

Kalau pempuan cantik pandai dan memegang jawatan tinggi
lelaki akn cakap: dah lah cantik pandai pulak tu..cukup package
Kalau pempuan tak cantik pandai dan memegang jawatan tinggi
Dia org akan cakap: well...beauty doesnt come with brain..
Sebenarnya semua kejadian tuhan adalah cantik,dan bagaimana kita sebagai manusia menilai kecantikan tersebut.As human being kita selalunya terpengaruh dgn kecantikan luaran,kecantikan hanya 'skin deep' sahaja dan tidak akan kekal.Kecantikan dalaman dan hati adalah paling unggul dan utama.

Comments

Popular posts from this blog

...PILIHANRAYA...KWS MELAYU.....

Gambir Sarawak

belajar bahasa melayu sarawak....