Wednesday, December 27, 2006

kepimpinan...




Last Saturday,dijemput memberi ceramah kepimpinan kpd belia/remaja di Kawasan Parlimen Sadong.
Sebelum bermula ..saya ingin mendapatkan persepsi mereka keatas kepimpinan atau persepsi mereka kpd pemimpin mereka di peringkat akar-umbi.

"KALAU DI SEBUT KETUA ATAU PEMIMPIN APA YANG TERBAYANG DI FIKIRAN ANDA?"......SAOLAN MUKKADIMAH SAYA.

Apa yang para belia itu tulis dikertas......
1.Glamer
2.kaya,banyak duit dan tanah
3.banyak projek dan kontrak
4.kereta besar
5.rumah besar
6.susah dihampiri
7.hipokrit
8.cakap tak serupa bikin..dan banyak lagi yang negatif.....

SOALAN KEDUA...."PEMIMPIN BAGAIMANA YANG SAUDARA KEHENDAKI?
Antara jawapan mereka.....
1.Amanah,jujur
2.mudah di hampiri
3.mudah senyum
4.tak pilih bulu bila menolong orang
5.pemurah
6.humble
7.tak bermuka-muka
8.dtg khenduri bila dijemput

9.belia friendly
10.tak mungkir janji....

Antara kandungan ceramah saya....untuk menimbulkan semangat kepimpinan dan semangat boleh dipimpin dikalangan belia....

10 Ciri Pemimpin yang Berkesan

1. Spiritually dan emotionally baik -
Seorang pemimpin harus sentiasa menyelidik dan memeriksa segala keaiban dan kelemahannya sendiri lalu memperbaikinya.Mudah dan sanggup di tegur.....
Keikhlasan tujuan bahawa segala perbuatan semata-mata untuk Allah SWT.
Memperbanyakkan amalan sunnah dan tidak meninggalkan suruhan Allah SWT.

2. Fizikal yang fit-
Orang yang lemah tentulah tidak cerdas dan cergas dalam melaksanakan tugas yang mencabar.
Oleh yang demikian, seorang ketua tidak boleh sekali-kali mengabaikan keadaan kesihatannya.

3. Kecerdasan mental dan sanggup belajar dan bertanya -
Globalisasi yang semakin rencam dengan berbagai ragam .....idea, ....ideologi ......dan kebudayaan memerlukan pemimpin membangunkan keupayaan mental dan fikirannya bagi membolehkannya menghadapi sebarang kemungkinan dan cabaran.
Akalnya perlu diperkembangkan dengan bahan-bahan yang berbagai rupa supaya menjadi lebih subur, matang dan mantap.
Ketua mesti banyak membaca dan peka dengan peristiwa sekeliling.

4. Mempunyai wawasan dan kenal dgn organisasinya -
Selain tekun melaksanakan kegiatannya, ketua harus juga memerhatikan tindak-tanduknya dengan teliti dan jujur.
Dia juga harus tahu berkenaan situasi fikiran dan organisasinya.
Dia harus mengenali pendapat para anggotanya dan memahami masalah-masalah mereka.

5. Muhasabah diri -
Pemimpin wajib mengetahui potensi yang ada pada dirinya, mengukuhkan kekuatan dan menguatkan mana-mana kelemahannya.
Dia mesti berusaha memperkaya pengetahuan amnya serta mempelajari pelbagai topik, pendapat dan fikiran dalam pelbagai bidang.
Dia harus memberi perhatian dengan mengkaji peribadi pemimpin yang terdahulu.

6. Prihatin kepada Ahli -
Ketua harus dapat menawan keyakinan orang bawahannya bagi membolehkan dia mendapat manfaat daripada kebolehan ahli sendiri untuk seluruh organisasi yang dipimpin.
Namun hal ini akan berjaya sekiranya pemimpin benar-benar menunjukkan usaha mahu mengenali anggota-anggotanya dari dekat, mengambil tahu hal-ehwal mereka sama ada yang berbentuk peribadi atau bercorak umum, ikut menyertai mereka ketika mereka gembira dan duka serta berusaha mencari penyelesaian bagi masalah-masalah mereka.

7. Menjadi Role model -
Orang bawahan yang dipimpin akan sentiasa memerhati dan memandang kepada pemimpin mereka sebagai role model yang boleh mereka teladani.
Oleh itu, telatah pemimpin, kecergasannya, budi pekertinya, kata-kata dan segala perubahannya mempunyai pengaruh yang amat berkesan ke atas seluruh organisasi.
Oleh itu pemimpin mesti menunjukkan contoh teladan yang baik untuk diteladani.

8. Pemikiran yang kritikal..pemimpin yang berfikir -
Seorang ketua haruslah mampu melakukan penyiasatan yang cepat dan tepat bagi membuat keputusan yang tegas dalam pelbagai suasana dan masa.
Perkara ini penting bagi kestabilan organisasi dan ahli yang dipimpinnya.
Sikap teragak-agak, kabur, resah dan tidak tegas akan mengakibatkan keadaan kucar-kacir sehingga menyebabkan para anggota bawahan menjadi hilang keyakinan dan seterusnya menyukarkan pengawalan ke atas anggota dan perjalanan pasukan.

9. Kuat semangat-
Hanya dengan kemahuan dan semangat yang kuat sahaja memungkinkan ketua sanggup mengharung segala rintangan dan masalah yang sememangnya dijangkakan akan berlaku dalam mengendalikan sesebuah kumpulan atau organisasi.

10. Optimistik -
Selaku ketua, barisan pemimpin mempunyai pengaruh yang berkesan ke atas anggotanya.
Jika pemimpin berputus asa, maka ia sudah pasti mendedahkan barisan perjuangannya itu kepada kekecewaan dan putus asa.
Sebaliknya jika ia bersikap optimistik, tentulah ia akan menyemarakkan semangat mereka.

Tuesday, December 26, 2006

...dont...jangan,,,,,anang(bahasa iban)


Don't attempt to run from the past, it is always behind you.
Don't be afraid of opposition; Remember a kite rises against, not with the wind.

Don't be afraid of tomorrow, for God has already been there.

Don't be afraid to learn. Knowledge is weightless, a treasure you can always carry easily.

Don't be angry at a friend who told your secret, for neither could you keep it to yourself

Don't be concerned others not appreciating you. Be concerned about your not appreciating others (Confucius).

Don't be irreplaceable -- if you can't be replaced, you won't be promoted.

Don't be so Heavenly minded that you do no earthly good.

Don't control, be in control.

Don't count the days, make the days count. (Mohammed Ali)

Don't cry because it's over, smile because it happened.

Don't ever slam a door- you may want to go back.

Don't fear failure so much that you refuse to try new things.

The saddest summary of a life contains three descriptions: could have,might have, and should have.
(Louis E. Boone)

Friday, December 22, 2006

thought of the day..

....INI BUKAN UTK ANDA.......DI LAMPIRKAN DISINI UTK MEMBERITAHU ANDA YANG SAYA MENERIMA EMAIL INI.....HE HE

Thursday, December 21, 2006

..calorie...

..Easy way to kurangkan berat badan.......so guys....apa tunggu lagi,keep on losing weight..........

Wednesday, December 20, 2006

CHANGE OURSELF


Dalam mengharungi kehidupan kita....banyak dugaan yang kita tempuhi...ada je masalahnya..
Dari masalah rumahtangga.....masalah anak-anak.....masalah tempat kerja...masalah sosial masyarakat.....masalah negara......masalah dunia.
So......like it or not, kita tak dapat nak lari dari masalah
......so.....kita mesti pandai menyesuaikan diri kita dgn keadaan......

CUBA RENUNGI CERITA DIBAWAH INI......

Once upon a time, there was a king who ruled a prosperous country.

One day, he went for a trip to some distant areas of his country.

When he was back to his palace, he complained that his feet were very painful, because it was the first time that he went for such a long trip, and the road that he went through was very rough and stony.

He then ordered his people to cover every road of the entire country with leather.

Definitely, this would need thousands of cows' skin, and would cost a huge amount of money.

Then one of his wise servant dared himself to tell the king, "Why do you have to spend that unnecessary amount of money ? Why don't you just cut a little piece of leather to cover your feet ?"

The king was surprised, but he later agreed to his suggestion, to make a "shoe" for himself.

There is a valuable lesson of life in this story :

To make this world a happy place to live, It is better to change ourself - our heart; and not the world....... ..

Tuesday, December 19, 2006

...power of thought.....


The power of THOUGHT. *

Love begins with our thoughts......

We become what we think about......

Loving
thoughts create loving experiences and loving relationships.


Affirmations can change our beliefs and thoughts about ourselves and others.


If we want to love someone, we need to consider their needs and desires.

Monday, December 18, 2006

..di persimpangan dilema..


Last sunday pergi kenduri makan selamat(widak) Bang Di yang akan menunaikan fardu haji tahun ni.....semuga mendapat haji mabrur.....

Kelihatan nya sebalik wajah yang happy nak menunaikan haji.....dia menceritakan kesedihannya....
Bang Di : Semalam isteri ke2..bertanya" Bang..boleh tak I ikut hantar abang kat airport"
masa tu terasa sedih melihat wajah isteri.
Bang Di...menambah lagi..."aku tak membenarnya nya pergi sebab takut berlaku perkara yang tak diingini bila dia berjumpa Isteri pertama I.Aku tau dia memang ingin sangat nak ikut ke airport...kerana sayangnya....
BangDi...mengaku dia amt menyayangi isteri pertamanya...dan menganggapnya sebagai isteri dunia akhirat..dan sangat menyayanginya ....dan telah memelihara anak-anaknya sehingga berjaya.....(Bang Di mengalirkan airmatanya)


Begitulah dilema org yang beristeri dua atau tiga.......AGAKNYA BAGAIMANA KALAU SUAMI MENINGGAL DUNIA ...TENTU ISTERI-ISTERI INI AKAN BERGADUH SIAPA YANG AKAN MENGURUSKAN MAYAT NANTI.....

Dan berebut harta yang ditinggalkan....(kalau wasiat tak dibuat).....

Begitulah dilema mereka....
1,bagaimana perasan bang di...semasa tak membenarkan isteri ke2 nya pergi airport?
2.bagaimana perasaan isterinya itu...tak dapat nak menghantar suami tersayang ke airport menunaikan haji?
3.Tak ada kah perasaan toleransi diantara isteri-isterinya pada masa suami mereka nak pergi haji..sebagai tetamu Allah?

BERAT MATA MEMANDANG BERAT LAGI BAHU MEMIKUL....

Saturday, December 16, 2006

..renungan

"We are afraid of losing what we have, whether its our life or our possessions and property. But this fear evaporates when we understand that our life stories and the history of the world were written by the same hand" - The Alchemist, by Paulo Coelho.

Wednesday, December 13, 2006

..believe it or not...


Believe it or not you can read the following:

I cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid. Aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it deosn't mttaer in waht oredr the ltteers in a wrod are, the olny iprmoatnt tihng is taht the frist and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it wouthit a porbelm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Amzanig huh? Yaeh, and I awlyas thought slpeling was ipmorantt.

Monday, December 11, 2006

..golf....




..Bila kita telah berumur dan tak berapa kuat lagi.....tak dapat nak main game yang aggresif seperti Tenis dan futsal terpaksalah beralih ke game yang lebih lembut.....dan kurang aggresif sperti golf.....

Start berjinak dgn golf dan belajar di driving range......

Saturday, December 09, 2006

Gendang melayu sarawak



Pada musim cuti sekolah ni.....banyak sangat jemputan kahwin...last week ada t3 jemputan....dan besok ada 2 jemputan kahwin.....
so kena pergi jugak ke majlis perkahwinan walaupun sekejap dan sekadar 'menunjuk muka je...dan menghulur 'sampul surat' "

Last week...pergi kenduri rumah Bang Bujang....yang menariknya beliau mengadakan majlis "gendang Melayu Sarawak" yang semakin tidak pupus kerana org sekarang lebih suka menjemput live band dan karaoke.

Gendang Melayu Sarawak......

Pada suatu ketika dulu gendang melayu sarawak sangat popular di perkampungan melayu.Ianya diadakan almost setiap kali ada keramaian.Ia mengandungi 3 elemen iaitu Rentak Gendang,Pantun dan Tandak.

Irama gendang terbahagi kepada beberapa jenis ....
Sri Sarawak atau Sayang Sarawak,Rentak Labuan,Samsudin,bercerai kasih dan lain-lain lagi....

Sayang Labuan Pulo di laut,
Khabar berita pulo yang tumbuh,
Salam mu tuan saya menyambut,
Asal rahsia disimpan teguh.
Dandan Beranyut :
Tuntung dian tuntung pelita,
Hendak menyuluh si batang sirih,
Berperang dandan dengan dewa,
Kerana merebut intan terpilih.

Pantun Jenaka:
Pandei bena kitak merokok, lepas sebatang,sebatang lagi, pande bena kitak mengolok, lepas sorang ,seorang lagi..

Mengikut cerita org tua-tua dulu..pesta gendang inilah tempat mereka mencari jodoh...bertandak sambil menjeling dan bersignal-signal dgn anak dara yang di dalam tabir...Mereka sanggup berkayuh berjam-jam menaiki perahu semata-mat nak bertandak dan menopeng di majlis bergendang.....

...Tinggi-tinggi simato ari... ...anak kerbo mati tertambat... ...udah lamak kamek mencarik...
...orang baju merah..bilo kamek nak dapat...

Kalau ada peluang saya nak belajar bertandak gendang melayu sarawak sambil bermukun(berbalas pantun dgn pemukul gendang(syeh gendang).

Friday, December 08, 2006

Futsal veteran dan kanak-kanak






Kelab sukan komuniti Kota Samarahan menganjurkan Futsal Veteran dan Kanak-kanak bawah 12 tahun.
Penyertaan yang amat mengalakkan....esp veteran team semuanya 'pancit' dan tak fit......any way sangat baik bagi yang veteran yang berhati muda tapi kudratnya.......

Geng lama.



Gambar geng lama(nov 2006) ..Pak Ark,Syed Zin,Cerek,Kaha,Manap,Zainon......sambil pekena Roti Nan dgn Kari kambing.....



Jumpa kawan lama yang sama-sama belajar kat Behor Pulai Kangar Perlis ..27 years ago.....mengamitkan kenangan sedih...suka duka....manis pahit....di perantauan.

Tidak dapat dibayangkan pada masa tu...seorg budak dari ulu sarawak sorang-sorang pergi ke Kangar Perlis utk memasuki Sek Sains....Never expose ke dunia luar.dan berjaya mengatasi rintangan atas sokongan dari kawan-kawan yang baik dan supportive......

Yang tak dapat dibayangkan pengorbanan Emak dan Bapak...sanggup berpisah dgn anaknya semata-mata supaya dapat pendidikan dan belajar di sekolah yang baik dan berasrama penuh....

Ya....we have to berkorban....mungkin giliran Maizatul pula....pergi ke "Malaya" pada umur 12 tahun.......
Yang menjadi persoalannya...Adakah diri ini sanggup berjauhan dgn anak?
..Adakah diri ini ingin anak ini mengharungi suka duka yang kita lalui dulu?

Tapi sekarang zaman IT...talipon,email, dan AirAsia pun ada...mungkin memudahkan kita utk menghubungi anak kita....!(nak menyedapkan hati)

Banyak perkara yang di pelajari...
1.Berdikari....
2.survival di tempat orang...(at that tender age?)
3.Exposer....
4.Able to cope dgn "berjauhan dgn family"
5.will miss keluarga...Raya tak bersama famili for many years....

dan yang paling utama....mendewasakan diri dan pemikiran.......(street's wise and survival)

Wednesday, December 06, 2006

"ANANG BEGUNA KA BERAU AJAK...MUAI GUNI"

Semasa di Kl ari tu......berkenalan dgn seorang ahli politik veteran iban dari sarawak yang menetap di Kuala lumpur....


Bercerita tentang politik semasa sarawak dan kehidupan.....


Mengenai kehidupan berrumahtangga beliau telah mengguna satu peribahasa iban......."Anang beguna ka berau ajak..muai ka guni"( jangan mengambil beras sahaja dan membuang guni)

Beliau menceritakan bahawa dalam kehidupan berumahtangga dan berkahwin bermakna kita mengahwini bukan saja suami kita atau isteri kita tapi kita terpaksa menerima ibubapa mertua ,ipar-duai,saudara mara yang lain.....

Like it or not ...all these people akan mempengaruhi kehidupan,keharmonian dan kesejahteraan rumahtangga kita......

So brader......belajarlah 'anang muai ka guni nyak'(jangan membuang guni itu)...dan suatu hari nanti mungkin kita memerlukan "guni" itu......

Friday, December 01, 2006

..KLIA...

On my way back to Kuching selepas satu minggu kursus di Kuala Lumpur......Tokasid datang jumpa kat KLIA......driving all the way dari Seremban....

Sebenar dah lama tak jumpa geng-geng Ibnu Sinna.....

Banyak cerita dulu dan semasa di sembangkan....

...KALAU DATANG KUCHING JGN LUPA CALL.......BOLEH KITA SEMBANG LAGI