Monday, September 29, 2008

Selamat hari Raya


Di Penghujung bulan yang agung ini
Sayangi tangisan dan rintihan kami
Pastikan bagi kami ampunan-Mu
Sampaikan dengan sisa umur kami kepada bulan Ramadhan yang akan datang
Bantulah kami untuk beribadah kepada-Mu
Bimbinglah kami untuk mentaati-Mu
Bimbinglah kami untuk mencintai Rasulullah saw dan keluarganya serta
para kekasih-Mu
Shalawat dan salam dari kami untuk Rasul yang agung dan keluarganya
yang suci (sa)


Kami sekeluarga ingin mengucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin....

Saturday, September 27, 2008

..my boy dah 10 tahun.......







telatah farith....


...Selamat Hari Lahir kpd Farith yang ke 10 hari ini...semuga sentiasa dalam Rahmat dan Perlindungan Allah....

Farith atau Ayid...
Makanan di minati: Ayam dan Telor Ayam
Minuman di minati: Milo ais dan air yang ada color
Rancangan TV di minati: Saluran Ceria dan ESPN
Permainan di minati: Bolasepak
Exercise yang diminati: Exercise jari...(main Ps2)
Pasukan Bolasepak diminati: Arsenal dan Spain
Pelajaran yang diminati: Math dan Science
Pelajaran yg tak diminati: Bahasa Arab
Pakaian yg diminati: baju sukan dan baju arsenal

...itulah anak Abah....satu lagi Ayid suka peluk Abah...dan suka berjalan-jalan dengan Abah....

Monday, September 22, 2008

iftar di Merdeka Palace








muka-muka yang tak sabar nak berbuka....



....Kali ini kami sekeluarga iftar di Merdeka Palace...Makanannya enak-enak belaka dan banyak pilihan...

Saturday, September 20, 2008

..pose....




Tak terasa ..hari ini dah insyaAllah 20 hari kita berpuasa...dan tak lama lagi kita akan meninggalkan ramadhan....

Kita akan memasuki fasa ketiga Ramadhan...fasa mencari Lailatul Qadr...

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!"

Arrhh sedihnya..tak dapat nak berterawih jemaah di masjid...tak ada locum nak cover klinik for this last 1 week....

Wednesday, September 10, 2008

Tips individu berjaya...

terima email ini dari seorang kawan yang prihatin..dan sama-samalah kita baca dan ambil pengajaran dari artikel ini...




Tips Individu Berjaya

Firman Allah SWT (bermaksud):
[23.1] Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
[23.2] Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
[23.3] Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
[23.4] Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
[23.5] Dan mereka yang menjaga kemaluannya, -
[23.6] Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: -
[23.7] Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
[23.8] Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
[23.9] Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;
[23.10] Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi (syurga).

(Surah al-Mukminun)


Sifat Pertama:
Mendirikan sembahyang dengan khusyuk.

Teknik perlaksanaan:
- Merasakan diri bertemu dan menghadap Allah SWT dalam munajat.
- Berusaha untuk fokus terhadap pengertian ayat-ayat, zikir-zikir dan doa-doa yang dibaca dalam perbuatan solat.
- Cuba mengelakkan sebarang lintasan atau was-was yang tidak termasuk dalam solat.
- Memintas ganguan fikiran dengan mengucap isti‘azah (membaca a‘uzibillah) dan menghembus dengan perlahan ke arah kira sebanyak tiga kali.
- Membataskan pergerakkan anggota badan tanpa hajat.
- Melakukan perbuatan solat dengan tenteram.
- Menumpukan penglihatan ke tempat sujud secara berterusan.
- Memilih tempat solat yang jauh daripada sebarang gangguan.

Sifat Kedua:
Menjauhkan perkataan dan perbuatan yang sia-sia.

Teknik perlaksanaan:
- Memahami kepentingan menjaga perkara tersebut.
- Mengawal diri untuk berbicara.
- Mengingati bahawa segala yang dibicarakan bahawa ia dirakam secara nyata dan ghaib.
- Berdiam ketika perlu.
- Berfikir sebelum berbicara mengenai kandungan, teknik dan waktunya yang sesuai.
- Mengetahui cara bergurau dengan seseorang tanpa melakukan penghinaan perkara batil..
- Cuba mengubah topik orang yang berbicara kepada perkara berfaedah secara berlembut.
- Menggunakan kebijaksanaan untuk berpaling daripada perkara yang sia-sia yang dilakukan oleh seseorang terhadap kita.
- Memilih perkara yang dipaparkan di dalam media penyampaian (telivisyen, radio, surat akhbar, majalah buku dan lain-lain).
- Jiika berlaku suatu perkara yang sia-sia, hendaklah beristighfar kerana merasakan kesan negatifnya.

Sifat Ketiga:
Membersihkan harta dengan menunaikan zakat.

Teknik perlaksanaan:
- Memberikan perhatian terhadap hal-ehwal orang ramai secara umum dan khusus.
- Mendapatkan bantuan seseorang yang dikenali ketika berlaku masalah.
- Bersegera melakukan perkara yang mampu untuk menolong orang yang memerlukan.
- Membantu secara sukarela tanpa diminta.
- Meraikan perasaan orang yang meminta bantuan dengan tidak menyusahkan atau memalukannya.
- Memberikan bantuan mengikut keutamaan dalam tanggungjawab terhadap individu dan mengikut situasi.
- Menunjukkan kesungguhan ketika mengeluarkan zakat.
- Memastikan zakat diagihkan kepada orang yang benar-benar berhak.
- Menghulurkan sedekah secara sukarela, bukan berpada dengan zakat yang wajib.
- Mengikhlaskan niat untuk Allah SWT.

Sifat Keempat:
Menjaga kemaluan (kehormatan) .

Teknik perlaksanaan:
- Menundukkan pandangan daripadamelihat aurat yang diharamkan.
- Memelihara pendengaran daripada mendengar perkara keji dan perkataan lucah.
- Menahan diri dengan menjaga kesucian daripada bercumbu-cumbuan dengan wanita.
- Mengelakkan berdua-duan dengan wanita di tempat sunyi, tanpa ditemani mahramnya.
- Mengelakkan diri jika tidak terdesak daripada berada di tempat berlaku percampuran antara golongan lelaki dan wanita yang berhias secara melampau.
- Mengawal fikiran supaya terarah kepada perkara yang berfaedah supaya tidak tenggelam di dalam khayalan seks.
- Berkahwin untuk melakukan hubungan seksual dan menjaga kesucian.
- Jika tiada kemampuan untuk berkahwin, hendaklah memperkukuhkan keazaman di samping berpuasa, bersukan atau lain-lain aktiviti yang berfaedah.

Sifat Kelima:
Menjaga amanah.

Teknik perlaksanaan:
- Pengkhianatan bukanlah pengganti kepada amanah kerana ia memudharatkan agama dan kehidupan manusia.
- Menerima amanah secara bebas sebagai suatu nilai kerana memahami kepentingan dan kemestiannya.
- Merasakan bahagia kerana memilih amanah, meskipun orang lain tidak amanah.
- Mengistiharkan berpegang dengan amanah tanpa sikap berpura-pura atau untuk suatu kepentingan peribadi.
- Menzahirkan nilai amanah melalui perlaksanaan yang telus.
- Melaksanakan tuntutan amanah secara berterusan dalam pelbagai situasi.

Perkara-perkara tuntutan amanah:
- Perkara fardhu dalam agama.
- Penempatan orang-orang Islam.
- Anggota badan.
- Waktu.
- Ilmu.
- Harta.
- Barang titipan.
- Rahsia orang lain.
- Tugas dan jawatan.
- Perkara yang diminta untuk dibincangkan.

Sifat Keenam:
Setia pada janji.

Teknik perlaksanaan:
- Memungkiri janji bukanlah pengganti kepada menepati kerana ia memudharatkan.
- Menepati janji secara bebas sebagai suatu nilai kerana memahami kepentingan dan kemestiannya.
- Merasakan bahagia kerana memilih untuk menepati janji, meskipun orang lain tidak tepati janji.
- Mengistiharkan berpegang dengan janji tanpa sikap berpura-pura atau untuk suatu kepentingan peribadi.
- Menzahirkan nilai kesetian melalui perlaksanaan yang telus.
- Melaksanakan tuntutan janji secara berterusan dalam pelbagai situasi.

Sifat Ketujuh:
Tetap memelihara sembahyang.

Teknik perlaksanaan:
- Merasakan bahawa memelihara waktu solat adalah penting.
- Tahu menentukan waktu solat ketika musafir dan hadir.
- Takbir yang paling afdhal adalah pada awal waktu.
- Menyusun aktiviti harian dengan tidak mengabaikan waktu solat.
- Mengqadha solat yang tertinggal dengan secara tanpa bertangguh.

Monday, September 08, 2008

Macam-macam ada di Holiday Inn Kuching...






.............gambar diambil dgn nokia E90...suasana Sungke(bahasa melayu Sarawak,berbuka)


Anak-anak dan Mami mereka dah bagi hints beberapa hari sebelum mengesyorkan utk berbuka puasa(sungke) di Hotel...Maminya siap tunjukkan suratkhabar iklan buffet ramadhan di Holiday inn "Macam-macam Ada"

...so..we enjoy the Sungke...cuba semua makanan sampai kekenyangan...prefer kambing panggang,ikan bakar,dll...

tapi sedihnya missed terawih berjemaah di masjid..kawan-kawan kat masjid siap called tanya kenapa tak datang masjid...