Posts

Showing posts from November, 2017

Maulidur Rasul 2017

Image
Assalam buat sahabat yg diRahmati Allah. Peringatan Mesra buat diri sendiri dan sahabat semua sempena Maulidur Rasul. Sunnah Nabi PALING BESAR Islam menganjurkan umatnya untuk berlumba-lumba berbuat kebaikan: "Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlumba-lumbalah (dalam berbuat) kebaikan, di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu."  (al-Baqarah 2:148) Oleh itu, dalam semangat berlumba-lumba berbuat kebaikan, kita juga seharusnya berlumba-lumba mengamalkan sunnah-sunnah Nabi. Untuk berlumba-lumba dalam mengamalkan sunnah Nabi, sewajarnya kita mengamalkan sunnah Nabi yang paling agung dan paling besar ! Namun apakah sunnah Nabi yang paling agung dan paling besar ? Sesungguhnya sunnah Nabi yang teragung dan terbesar ialah Dakwah dan Tarbiyah (DnT). Sejak Nabi diutuskan sehinggalah ke hembusan nafas Baginda yang terakhir, D

Perbualan mesra antara Doktor dan Pasien.

Image
Pakcik: Best nar kitak orang jadi doktoi, Dok? Doktor: kenak best Pakcik? Nok ni nyuruh nyeh best tek? Pakcik: Ni endak best... Kitak doktoi nerimak bayaran tapi yg nyembuh penyakit kamek bukan kitak tapi Tuhan, Allah. Ni pake macam yo.. Betui sik Doktoi.. Doktor: Ooo ok.. Yo paduhal best nya tek. Nang benar padah kitak yo, ni ado doktoi nyembuh orang.. Macam tuk jak Pakcik, bagus kitak kembali ke Rahmatullah jumpa terus direct dgn Allah jak.. Sik perlu kitak mayar doktor. 😁😁 Pakcik: ya rabbi.. Endak apat embak pelente doktoi tuk... Kito suruh nyeh jumpa direct dgn tuhan.. Rilo rilo. 😂😂😂 Episode seterusnya...  Dah nya bila ditanyak.. Apa sakit kitak cik?  Aihhh.. Kitak doktoi, mesti kitak tauk sakit kmek!  Yolah kamek agak kitak... Kata nya.  Lalu kmek madah.. Bukak loar kitak cik.. Saya ngecek pelir kitak lok....  Lalu nya madah.. Yo sik sakit.  Yolah kmek nak ngecek, kali nya sakit.. Mun kitak sik madah ni kamek tauk...  Yo nya madah... Nang lihai nang lihai doktoi tuk..

Halaqah Ilmu, Hikmah Kota Samarahan

Image
Antara kandungan tazkirah Halaqah ilmu pagi tadi... Assalamualaikom... Baru balik dari KPJ pagi tadi.. Allah menurunkan ujian lagi.. Beberapa masalah kesihatan telah dikesan. Bagaimanapun Hati kena Redha.. Kena pujuk hati... Allah turunkan ujian kpd hamba yg disayangi nya. *🍀HADITH:-* *BILA UJIAN MENCUIT KITA.* Ujian tidak mengenal tika dan waktu untuk mencuit kita samada dalam bentuk kegembiraan, kesenangan, kebahagiaan atau sebaliknya dalam bentuk kedukaan, kehampaan dan kesedihan. Allah Azza wa Jalla berfirman: لَتُبْلَوُنَّ فِي أَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ Kamu benar-benar akan diuji pada hartamu dan dirimu [Ali ‘Imran/3: 186] Ujian ini hadir dalam bentuk yang baik, indah, seronok, bahagia dan begitu jua sebaliknya. Adakah kita akan bersedia menerimanya? Semakin kuat iman seseorang, maka ujian yang akan diberikan oleh Allah akan semakin besar. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam pernah ditanya oleh Sa’d bin Abî Waqqash Radhiyallahu anhu : يَا رَسُولَ اللَّهِ أَىُّ

ILMU YG BERMENAFAAT

Image
Assalam buat Sahabat yg Rahmati Allah. Peringatan mesra jumaat buat sahabat. Semoga bermanafaat. MERENDAH DIRI DENGAN ILMU. ~ Semakin banyak kita mencari ilmu pengetahuan.Semakin banyak terasa kekurangan. ~ Semakin banyak kita membaca.Semakin banyak kecetekan ilmu kita. ~ Semakin banyak kita mengkaji. Semakin tinggi puji syukur pada Ilahi. ~ Semakin banyak kita pelajari.Semakin besar rasa merendah diri. ~ Semakin banyak kita mengambil pengajaran. Semakin terbentuk manis nya Iman. Sahabat yg di Rahmati Allah... Imam Al Ghazali merumuskan konsep lengkap ilmu yang bermanfaat. Menurut beliau, "Ilmu yang bermanfaat adalah ilmu yang membuatmu bertambah takut kepada Allah, 2.membuat mata hatimu semakin tajam terhadap aib-aibmu, 3.menambah ma’rifatmu dengan menyembah-Nya, 4.mengurangi keinginanmu terhadap dunia, menambah keinginanmu terhadap akhirat, 5.membuka mata hatimu tentang rusaknya segala amalmu sehingga engkau menjaga diri dari kerusakan itu, 6.dan membuatmu teliti

Upsr.

Image
Result upsr dah keluar.. fb hari ini penuh dgn ucapan tahniah. Whatever the results may be,  redha dan bersyukurlah... Kerana anak anak kita telah membuat yg terbaik dan telah berusaha bersungguh sungguh. They hv done their best. Selepas UPSR.. You all perasan tak, many well to do parents, org org berada,  businessman, politicians, profesionals, also applying for Sekolah Berasrama Penuh, MRSM (fully funded by goverment). Some of them using their CABLES  utk mendapat tempat di sekolah berkenaan. PERSOALAN nya. Bukan kah Sekolah Berasrama Penuh dan MRSM dibina utk menempatkan pelajar pelajar bijak dari poor dan low income groups dari Kpg kpg, dari rumah rumah panjang? Pelajar dari luar bandar ulu Baram dan Ulu Simunjan yg mendapat 3A atau 4A mungkin setara dgn pelajar semua A di bandar. Cuma peluang dan environment yg berbeza. HARAPAN, Semoga ramai pelajar dari luarbandar mendapat tempat di Sekolah Asrama Penuh dam MRSM. Kalau diberi peluang, mereka ini akan berjaya. Sudah ter

Peringatan Diri

Image
Assalam buat saudara seaqidah.. Peringatan mesra di pagi jumaat yg penuh barakah... Pernah atau tidak, selepas menyakiti hati orang lain dengan bahasa sindiran serta kritikan atau makian, kita merasa best, lega, happy dan PUAS serta MENANG!? Apatah lagi jika ia gagal dibalas. Jika PERNAH, itulah tanda hati kita dikuasai kekotoran dan rendah akhlak walau manusia melihat kita sebagai baik dan 'hero'. Ia adalah 'buah rosak' hasil dari amalan diri yang tidak betul atau mungkin betul tetapi tiada ikhlas. Pernah atau tidak, selepas melakukan yang tersebut diatas, beberapa minit atau jam selepasnya, kita merasa menyesal lalu bertindak sama ada meminda semula, memadam (jika boleh) atau meminta maaf?. Kita beristiqfar dan feel guilty.? Jika PERNAH, itulah tanda hati kita masih ada sinar iman, ihsan dan akhlaq, benih menumbuhkan buah taqwa jika terus dijaga. Muhasabah untuk diri. Semoga mendapat Rahmat dan KeBerkatan dari Allah di Jumaat ini.

Darul Hana.

Image
Ini saya share dari Fb Haslina Bujang. JAMBATAN DARULHANA BERMULANYA CERITA MEMANG agak pelik dengan rakyat Sarawak dalam beberapa bulan ini. Isu yang kecil sentiasa dijadikan modal oleh pihak-pihak yang berkepentingan bagi melaga-lagakan kita semua.  Dan semalam pula satu ikon Kuching telah dirasmikan dengan penuh gilang gemilang di Tebingan Kuching menjadi mangsa mereka yang dangkal sejarah apabila namanya diberikan sebagai Jambatan Darul Hana.  Sudah tular nada-nada sumbang umpama kata bidalan, rumah sudah siap pahat baru berbunyi di kalangan rakyat Sarawak.  Mungkin mereka ini hanya ingin mengejar populariti hanya bersandarkan wadah songsang menidakkan kewujudan nama Darul Hana di dalam sejarah Sarawak.  Di dalam kita menggodek sejarah Kerajaan Sarawak kuno ini maka kita bersandarkan dengan cerita yang termaktub di dalam Silsilah Raja-raja Brunei yang merupakan antara manuskrip sejarah kuno di negara Brunei Darussalam.  Di dalamnya terkandung cerita mengenai bagaimana di ketika

Mengumpat..

Image
Assalam buat Sahabat yg diRahmati Allah.. Gentle friday self Reminder... Orang mengumpat bila ditegur berkata 😊"eh bukan mengumpat tapi cakap benar aja", 😊orang yang menyibuk bertanya hal orang yang tak berkaitan dengan dirinya bila ditegur berkata " eh bukan nak menyibuk cuma suka nak tahu je," 😊"Ngenang jak", "Itok jak". (Bahasa melayu Sarawak) 😊"rasa concern or Prihatin bah" Sahabatku yg di Rahmati Allah Hakikatnya Dia ini sedang cuba menjustifikasikan dosa dan meminimakan rasa berdosa. Ini sifat bahaya pencetus sifat nifaq. Berhati-hatilah. Cuba fikir, ada tak satu hari dalam seminggu yang kita berjaya tidak 'menyibuk' hal orang lain (yang tiada kaitan 'direct' dengan kita & bukan pula maslahah umum), mengadu domba dan mengumpat. Kalau ada, alhamdulillah, cuma perlu ditambahkan hari sebegitu. Itu antara punca ketenangan dan keberkatan umur. Insha Allah. Selamat Berhari Jumaat... Astaqfirrullah.

Lonely Elderly..

Image
Lonely Elderly.. Pastu kita doa lg minta panjangkan umor.. Panjang umor sampai bila? Hati hati bila minta umor panjang.. Jangan jadi macam makcik semalam. Dia dah runsing dengan umornya yg panjang. Hidup di usia 80an yg memboringkan Nak ubat untuk segera mati! Aik??!! Kenapa? Dulunya... Dia punya segala Dia kaya Punya suami yang sentiasa menyayanginya Punya anak yg berjaya Punya rumah yaAllah besarnyaaa Dihias cantek dipandangan mata. Malam lena tidornya Lokasi rumah dekat sebelah surau ja.. Nak solat berjemaah nak ngaji nak cari ilmu mudah ja dia. Dia dulunya... Aktif dalam persatuan Aktif dalam sukan Aktif dalam aktiviti taman Tak duduk diam penuh terisi siang dan malam masanya; Girang Riang Dipandang Dihormati orang Tapi kenapa bila masuk usia 80an semuanya itu sudah hilang? Beransur masa meninggakan segala Bila meninggal pasangannya.. Bila anak anak sudah dewasa keluar rumah tiada lagi riuh gelak gaduh mereka. Bila Rumah yang besar tapi sunyi ja B

Sebuyau.. Sentiasa di hati ku.

Image
Sebuyau.. Kpg ku.. Semenjak kedua org tua sudah tiada, kekerapan utk balik kampng semakin kurang... Walau bagaimanpun Sebuyau tetap diHati.

AMAT SEDIKIT..

Image
Assalam Sahabatku yg diRahmati Allah. Peringatan mesra buat diri ini dan buat sahabat seaqidah. SEDIKIT. Amat sedikit orang yang beriman. Amat sedikit orang yang bertaqwa. Amat sedikit orang yang bersyukur. Amat sedikit orang yang faham islam. Amat sedikit orang yang amalkan islam sungguh-sungguh. Amat sedikit orang yang sungguh-sungguh nak tinggalkan maksiat. Amat sedikit orang yang bertaubat dari dosa. Amat sedikit orang yang menangis di tengah malam merindui ALLAH. Amat sedikit orang yang berdakwah mengajak kepada kebaikan. Amat sedikit orang yang mentarbiah manusia, membina manusia dan berusaha menjadi asbab hidayah buat manusia. Dan.. Amat sedikit orang yang AMAL apa yang dia CAKAP. Umar Alkhattab sering berdoa: "Ya ALLAH, jadikanlah aku di kalangan orang yang sedikit". Kerana apa? Kerana, amat sedikit orang yang masuk syurga. 😢 Ampunkan kami Ya ALLAH! Astaqfirullah....