Sunday, March 30, 2008

Meritrocracy...

"Meritrocracy...hanya akan berjaya jika semua kaum dan semua pehak berada dalam kelas dan level yang sama...dan semua pehak mampu untuk masuk dalam semua perlumbaan dan pertandingan...otherwise ia nya merupakan satu penganiayaan(oppression) dan (marginalisation) dan sesuatu ketidakadilan..(injustice)...
What say U ? Do you believe in total meritrocracy?

Ini merupakan sms yang saya hantar kepada kawan-kawan dari bekas2 YB ,pehak BN dan Pehak BR...

Respon yang diterima.....


!.M.Sariff.."A discussion of this nature must put all elements in perspective and must not exclude history.Malaysia has been colonised for about 500 years by portugese,dutch,britain.Along the they brought in immigrants for political and economic purposes to strengthened thier rule by undermining pribumis claim for power and share the wealth.The DEB is formulated to counter the imbalance.The initial objective though not fully met,has brought noticeable results.Our generation is proof of that. In my opinion,the goverment must continue to pursue giving assistance to pribumi in the field of education,and bussiness.Pribumis must be trained to compete and the goverment must give to only deserving and qualified pribumis within DEB scope.
The threat to pribumis are not our non bumi brothers but matsalleh thro globisation.

2.Dr Ann.."however without meritrocracy there will be no healthy competition"

3.Dr Muth..."No such thing..life is like a game of golf.There has to be handicaps"

4.Mr Keram..." I look at it as playing football on thr imbalance playground"

5.Mr Harry...." meritocracy in theoritical application ,i beleive is good but its abused by those in power. have to review the implementation"

6.Dtk M...."Honestly,when we dont have more than 2/3 majority in parliment,i dont wish to talk about meritrocracy.Gone r the days my friend,we must now work hard to get back our power"

7.Dr Jun... "I m a golfer...we play by handicap and we believed in that system"

8.Dr Amm...." not yet for Malaysian"

9.Dr Rash...."There is no such thing as absolute meritrocracy in any society.There are bound to social,economic and political inequality in any society.Here we do rethoric meritrocracy"

10.Mr Saud...."you are right...meritrocracy is not fair becos we dont have equal starting point..."

11.Dr Sab..." Meritocracy is nothing xcept non bumis game. The opportunist bumis politician was caught in their game.Do you think they will talk about meritrocracy if they got power?See what happened to bumis in singapore.There is no meritrocracy except merito-crazy! "

Setiap orang berhak untuk memberi pendapat masing-masing dan mempunyai pandangan tersendiri mengenai issue ini..

My personal views...kita belum bersedia utk total meritrokrasi ini....what will happen to org melayu sarawak ...org iban ,penan, punan,kayan....jika kita melaksanakan meritrokrasi ini....masyarakat ini akan semakin terpinggir...
Apa akan jadi kpd org di Tebelu,Sebuyau,Ulu Baram, Ulu Kapit dan sebagai...

Perlembagaan Malaysia harus di pertahankan yang memberi keistemewaan kepada org Melayu dan Pribumi di Sarawak dan Sabah dan tidak melupakan hak-hak kaum lain spt yang termaktub dalam perlembagaan.

Tuesday, March 25, 2008

..dah 15 tahun...





Pejam celik-pejam celik..tak terasa dah 15 tahun berkahwin..

Looking back...banyak kenangan manis..ada yang masam,ada yang pahit dan ada yang sweet sour dalam mengharungi kehidupan suami isteri.
..tapi itulah hakikatnya kehidupan...

Dalam tempoh 15 tahun..syukur alhamdullilah ,dikurniakan 3 cahayamata yang cute..

Semuga jodoh ini hingga akhir hayat..(maminya akan merungut kalau ada yang kata sehingga keanak cucu..ha ha..dia nak ke akhir hayat tak nak setakat dapat cucu je jodoh tu..)

Thursday, March 20, 2008

Maulidarasul.....

Marilah kita sama-sama menteladani KEPIMPINANNYA....Mencontohi KEPERIBADIANNYA....Mengikuti SUNAHNYA.....Meneruskan PERJUANGANNYA.....menjadikannya IDOLA UMMAH......

Selawat dan Salam kepada yang kita kasihi Nabi Muhammad SAW......


Selamat Menyambut Maulidurrasul 1429H/2008

Allah swt meminta Nabi saw. agar mengingatkan
umatnya bahwa sangatlah penting bagi siapa saja yang
menyatakan mencintai Allah swt untuk mencintai
Nabi-Nya juga, “Katakanlah kepada mereka, ‘Jika kalian
mencintai Allah swt, ikuti (dan cintai dan hormatilah)
aku, niscaya Allah swt akan mencintai kalian’” (3:31).

Memperingati hari kelahiran Nabi saw. didorong oleh
perintah untuk mencintai, menaati, mengingat, dan
mengikuti contoh Nabi saw., serta merasa bangga
dengannya sebagaimana Allah swt menunjukkan
kebanggaan-Nya dengannya. Dalam Kitab Suci-Nya, Allah
swt begitu membanggakannya dengan berfirman, “Sungguh
engkau memiliki budi pekerti yang begitu agung” (68:
4).

Wednesday, March 19, 2008

cabinet malaysia


Kabinet Malaysia….

PBB mendapat seorang menteri penuh…Datuk Douglas Ugah menerajui Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar….

PBB juga mendapat 4 timbalan menteri:

1.Datuk Hjh Rohani Karim….kementerian Pertanian dan Asas Tani

2.Hj Fadillah Hj Yusof….kementerian Sains,teknologi dan innovasi.

3.Dtk Sri Sulaiman Abdul Rahman Taib..(anak Taib Mahmud,cm Sarawak…kementerian Pelancungan.


Parti-parti lain dari Sarawak,SUPP mendpat seorang Menteri penuh,2 timbalan,

PRS..mendapat 2 org timbalan menteri

SPDP ..mendapat 2 org timbalan menteri.


Menjadi perbincangan hangat di kopitiam dan di warong pada hari ini adalah mengenai anak CM yang baru saja join PBB sebagai naib ketua Pemuda PBB,terus menjadi Calon dan menang di Kota Samarahan dan terus menjadi Timbalan Menteri Pelancong…semua ini within few months only….Betapa bertuahnya…..

Ada yang simpati dgn Dtk Dr Wan Junaidi,Dr Dawos yang telah lama menjadi Ahli Parlimen belum lagi menjawat sebarang jawatan di Federal.


Kita sangat berharap kpd menteri dan timbalan menteri ini supaya melihat Sarawak yang serba ketinggalan….jangan menghampakan harapan rakyat Sarawak…

Rakyat akan menilai anda….

Saturday, March 15, 2008

Selamat hari lahir..maizatul azween



Gambar cantik anak abah....dah 14 tahun......



Pada 14 tahun yang lalu..pada malam hari raya pertama..ketika semua sibuk makan-makan dan melayan tetamu dan saudara mara yang bertandang ke rumah,maminya mengadu sakit-sakit perut....

..dan apabila dah larut malam sakitnya bertambah..contraction pain makin rapat so kena bawa ke klinik desa Sebuyau....
Di klinik Desa ..mami nya di rawat dan dijaga oleh Jururawat dan Bidan ,sampai pagi dan belum lagi melahirkan...
MA dan Jururawat kat situ dah panic..maklumlah bini doktor nak beranak ..so they bercandang nak hantar ke Hospital Umum Kuching.
Untuk pergi ke Kuching hanya menggunakan Express Boat atau Bot Laju yang mengambil masa 2 jam...itupun kalau laut tak bergelora...

...So I decided nak pakai Helikopter nak Medivac maminya ke Hospital... I called Timbalan Pengarah Kesihatan negeri utk permission to medivac dan Syarikat Hornbills utk booking helikopter.(thank you Dr Dorai)

By 9 am ,helikopter sampai di sebuyau dan maminya di medivac ke Kuching di escort oleh saya sendiri...flying tak sampai 15 minit dah sampai di Hospital umum Sarawak kuching...

By 1 pm...Maizatul Azween selamat di lahirkan pada hari ini 14 tahun yang lalu ,bersamaan 2 syawal...

Sekarang Aween dah besar...abah sentiasa doakan supaya aween jadi anak yang solehah berjaya di dunia dan di akhirat....

Abah and Mami will always love you.....

Friday, March 14, 2008

Hati yang tidak bahagia



Kita kongsi bersama artikel mengenai hati yg tak bahagia...email dari seorang kawan. Terima kasih kerana peringatan ini....


SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

MAZMUMMAH DIDALAM HATI.Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah
paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer..bawak2lah senyum..tentu org tak takut nak dekat punyer..

2. Pendendam
tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (ini kes dendam kesumat lahh nie..)

3. Hasad
dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)

4. Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia

5. Tamak
orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar
andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen)..pasal semua org ader egonya sendiri..cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut...

8. Riak
terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada...

9. Cinta dunia
Tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
Kesimpulan Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia ...buruklahh padahnya

Wednesday, March 12, 2008

pru12

KUCHING, March 11 (Bernama) — With Sarawak setting the record in contributing the most number of Barisan Nasional (BN) MPs - 30 out of 140 nationwide - in the just-concluded general election, the state BN wants more federal cabinet representation.

Most state and community leaders strongly feel the Federal Government should now consider giving Sarawakian MPs the recognition they deserved, especially those from rural constituencies as they had delivered all the seats.

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) senior vice-president Datuk Seri Awang Tengah Ali Hasan was quoted by the Borneo Post today, as saying that more Sarawakians should be appointed to fill federal posts.

“It is the hope of the state BN…after all, it has delivered the most seats to the national BN,” he said, adding that PBB hoped it would be given a bigger role to play in the new Federal Government line-up in the form of more ministerial, deputy minister or parliamentary secretary posts.

The backbone of the Sarawak BN, PBB won all 14 seats contested, including the new seats of Igan, Sibuti and Limbang while Parti Rakyat Sarawak (PRS) six, Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP) four and Sarawak United People’s Party (SUPP) six out of seven seats contested.



Itu harapan dari Sarawak....

Dulu pernah ada Menteri Pelajaran,Pertanian dari Sarawak...tapi tak banyak membantu keadaan di Sarawak...sekolah-sekolah di luarbandar ,rumah guru masih dalam keadaan daif.....

Dulu ada timbalan menteri kerja raya....tapi jalan-jalan di sarawak masih di takuk lama...
INI ADALAH PERBANDINGAN INFRASTRUCTURE DGN SEKOLAH DAN JALAN RAYA DI SEMANANJUNG......

Kita mau mereka menjadi menteri yang boleh deliver...dan "bersuara"

Monday, March 10, 2008

pru12

Pilihanraya telah berlalu...ada yang bersedih ,ada yang menangis, ada yang gumbira dan yang ketawa.....rakyat telah membuat keputusan....

BN masih lagi menjadi kerajaan walaupun tanpa majoriti 2/3...dan 5 buah negeri telah bertukar kepimpinannya...

Bagi Negeri Sarawak...kekal menjadi kubu kuat BN..menyumbang 30 kerusi BN kepada kerajaan Abdullah Badawi...
Gelombang Tsunami Politik di Semananjung Malaysia tak berdaya menyeberangi Laut Cina Selatan...


Daripada PRU 12 dan PRU yang sebelumnya....kita dapat membuat kesimpulan...(utk kawasan Melayu spt samarahan dan kwasan yang swaktu dgn nya)

1. Rakyat Sarawak esp kaum pribumi mahukan pembangunan yang berterusan...dan berpendapat hanya BN saja yang dapat memberi pembangunan dan pandai memerintah negeri.

2.Org Melayu Sarawak di tanam perasaan takut dan bimbang kalau mereka tak bersatu..mereka akan di bawah pemerintahan bangsa lain ..dan majoriti mereka akan menyokong pbb walaupun ada perasaan tak puas hati dgn pucuk pimpinan teratas.

3.Ramai org melayu Sarawak..demi survival dan penguasaan politik..mereka merasakan amat penting bagi mereka memberi sokongan kpd kepimpinan sedia ada...walaupun marah dgn tingkah laku mereka.

4.Org Melayu Sarawak..spt Hang Tuah ..sangat setia kpd ketua mereka....OH Jebat dimana engkau?

Thursday, March 06, 2008

Pru 12



Gambar calon wanita kawasan Batang Sadong berkempen dalam masjid...wajah cantik..rambut pun cantik.......(calon BN,parti Bumiputra Bersatu PBB)



My friend sms me...tanya kenapa tak buat komen dalam blog mengenai Pru 12 ni?
..Tak tau nak jawab ape..cuma rasa 'BORING' dgn keadaan .kata mengata...nuduh menuduh..suratkabar yang sangat bias...dan rancangan tv dan iklan pilihanraya yang sangat berat sebelah....

U all tak fed up kah?

Alangkah bestnya kalau perti yang bertanding di berikan air-time yang sama di radio dan tv...adakan perdebatan terbuka...dan biar rakyat yang decide siapa yang layak mewakili mereka.

Kat Sarawak ni calon BN sangat bertuah sebab kerajaan negeri tidak dibubarkan dan semua agensi kerajaan mengadakan program yang bercorak politik....tak fair utk lawan mereka.

Di Kota Samarahan ,calon BN merupakan anak kpd Ketua Menteri yang telah melepaskan kerusi nya. Datuk seri Sulaiman di tentang oleh calon PKR dan Bebas...

Diantara issu yang di mainkan pehak Bebas dan Pkr ialah...

1.Issue anak tempatan..(Taib Mahmud bukan berasal dari Samarahan dan bukan melayu,dan Samarahan majoriti Melayu).Pehak lawan menuduh Taib nak menaikkan anak dan adiknya di Samarahan.

2.Issue kroni dan neponisme..

3.Issue Tanah native customary reserve land yang belum dikeluarkan geran...dan pampasan tanah yang tidak mencukupi atau berpadanan.

Issu-issu nasional tak di dendangkan di Samarahan...