Monday, August 31, 2009

Allahyarham Hj Ahmad Buang..nenekanda tersayang


..selepas menjalani pembedahan..patah neck of femur..bulan may yg lepas


..gambar kenangan bersama Allahyarham Nenekanda Hj Ahmad Buang pd hari Raya yg lepas


Nenekanda Hj Ahmad Buang bin Hj Tahir di lahirkan pada tahun1903 dan kembali ke Rahmatullah pada 29 ogos bersamaan 8 ramadhan.

Beliau adalah guru agama,bekas imam masjid Sebuyau, dan merupakan guru Tariqat Qadriah Naqsyanbandiah.
Beliau mempunyai ramai pengikut di serata negeri kenyalang dan Sambas.

Semasa muda nya beliau telah pergi ke Sambas dan Banjarmasin untuk menuntut ilmu agama.

Thursday, August 20, 2009

persiapan menghadapi Ramadhan


Dari Abu Said r.a., katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Tiada seorang hamba pun yang berpuasa sehari dengan niat fi-sabilillah ( yakni semata-mata menuju kepada ketaatan kepada Allah), melainkan Allah akan menjauhkan wajahnya - yakni dirinya (kerana puasanya tadi), sejauh perjalanan tujuh puluh tahun dari neraka."

(Muttafaq 'alaih)


10 SENARAI SEMAK PERSIAPAN DAN PERLAKSANAAN PUASA

1) Niatkan rasa sukacita kita dalam hati akan kedatangan bulan suci Ramadhan,
“Barang siapa yang dihatinya merasa gembira akan kedatangan bulan
Ramadhan, maka Allah haramkan jasadnya untuk masuk neraka” – Al-hadith

2) Memohon ma’af kepada kedua orang tua, suami/isteri, anak, saudara dan
para sahabat atau kerabat anda, dimana setiap hari anda berhubungan
dengannya, lupakan kesalahan saudara Muslim anda yang pernah terjadi
selama anda berhubungan

3) Bersihkan pakaian taqwamu dari hadas, najis mahupun penyakit hati (iri,
dengki, hasad, hasut, tamak, haloba, sombong, mencela, dendam,
berbohong) sebelum , ketika menjalankan ibadah puasa mahupun
sesudahnya

4) Niatkan dalam hati untuk melaksanakan ibadah puasa ini dengan penuh
kesungguhan dan sekuat tenaga untuk mejalankan juga ibadah – ibadah
nafila (tambahan)

5) Tingkatkan Iman dan Taqwa, Selenggarakan & hadiri majlis ilmu Islam
ditempat anda.

6) Perbanyak membaca dan memahami Al-Qur’an Al-Karim, kalau mampu
upayakan khatam 1 (satu) Juz sehari selama ibadah puasa dan jadikan amalan
dalam hidup setelah Ramadhan berlalu

7) Lakukan aktiviti biasa anda sehari-hari dan tingkatkan kualitinya selama
Ibadah puasa, tinggalkan perbuatan maksiat dan perbuatan yang sia-sia
tanpa nilai pahala

8) Tingkatkan amar ma’ruf nahi munkar, saling nasihat menasihati di jalan Allah
dan perbanyak bersabar.

9) Usahakan anda beri’tikaf ( berdiam diri / menginap di dalam Masjid untuk
memperbanyak kegiatan ibadah) selama 10 (sepuluh) hari terakhir
Ramadhan, sesuai sunnah Rasulmu

10) Ingatlah, bukan pakaian yang baru yang diterima disisi Allah SWT tetapi
kebagusan ibadah kita yang utama.dan bukan kuih muih dan hidangan lauk pauk di pandang Allah...

Tuesday, August 04, 2009

mengapa keluh kesah dan merungut...


Pelbagai permasalahan kita berpunca daripada empat perkara:

* Kita hanya memandang dan menginginkan apa yang ada pada tangan orang lain. Kita tidak nampak,tidak sedar atau lupakan nikmat di dalam genggaman kita. Walhal, Allah telah berikan kepada kita.
Oleh itu kita tidak rasakan ‘keseronokan’ atau terasa nikmat dengan pemberian itu.

* Kita terlalu banyak ‘komplen’ dan komen (mengadu) dan mengeluh serta menyalahkan keadaan sehingga kepada permasalahan sekecil-kecilnya dalam kehidupan dunia ini. Tetapi, kita sering lupa kesusahan dan penderitaan sebenar yang bakal kita hadapi di akhirat kelak.Kita lupa bahawa kita akan di pertanggungjawapkan setiap apa yg kita lakukan di dunia ini...

* Kita terlalu mengejar kemewahan, kemegahan dan glamor kehidupan sehingga melupakan tujuan hidup kita sebenarnya.
Inilah sebenar ujian hidup yang kadang kala kita rasakan amat memeritkan untuk dihindari, pada hal kita tahu ganjarannya adalah syurga daripada Allah.


* Kita selalu menganggap kehidupan di dunia ini untuk hidup selama-lamanya. Oleh itu, kita menghabiskan seluruh sumber dalam diri semata-mata untuk membina pengaruh, mengumpul harta dan kemasyhuran diri seolah-olah ‘kematian’ itu untuk orang lain, bukan untuk kita. Kita lupa semua kejadian akan mati dan walhal akhirat adalah kehidupan abadi.

Oleh itu, dari sekarang kita hentikan perangai suka komplen, komen dan berkeluh kesah. Kita hargailah kehidupan ini.

Kita jalani kehidupan sebagai khalifah Allah, melakukan yang makruf, melarang perkara yang mungkar.

Kita syukuri nikmat yang ada dan panjangkan nikmat ini kepada orang lain dengan memberikan khidmat menolong dan memudahkan kehidupan orang lain.

Pernah suatu ketika Saidina Ali ditanya oleh seorang lelaki: “Jika diberikan pilihan, mana satukah yang kamu pilih?, kehidupan di dunia atau mati?” Jawapan baginda memeranjatkan lelaki itu: “Saya akan pilih kehidupan di dunia, melalui perjuangan dalam kehidupan ini, saya mendapat bekalan untuk mencapai keredaan Allah di akhirat kelak.”

Moga seluruh perjalanan hidup kita diredhai dan dirahmati oleh Allah.