Selamat hari lahir..maizatul azween
Gambar cantik anak abah....dah 14 tahun......
Pada 14 tahun yang lalu..pada malam hari raya pertama..ketika semua sibuk makan-makan dan melayan tetamu dan saudara mara yang bertandang ke rumah,maminya mengadu sakit-sakit perut....
..dan apabila dah larut malam sakitnya bertambah..contraction pain makin rapat so kena bawa ke klinik desa Sebuyau....
Di klinik Desa ..mami nya di rawat dan dijaga oleh Jururawat dan Bidan ,sampai pagi dan belum lagi melahirkan...
MA dan Jururawat kat situ dah panic..maklumlah bini doktor nak beranak ..so they bercandang nak hantar ke Hospital Umum Kuching.
Untuk pergi ke Kuching hanya menggunakan Express Boat atau Bot Laju yang mengambil masa 2 jam...itupun kalau laut tak bergelora...
...So I decided nak pakai Helikopter nak Medivac maminya ke Hospital... I called Timbalan Pengarah Kesihatan negeri utk permission to medivac dan Syarikat Hornbills utk booking helikopter.(thank you Dr Dorai)
By 9 am ,helikopter sampai di sebuyau dan maminya di medivac ke Kuching di escort oleh saya sendiri...flying tak sampai 15 minit dah sampai di Hospital umum Sarawak kuching...
By 1 pm...Maizatul Azween selamat di lahirkan pada hari ini 14 tahun yang lalu ,bersamaan 2 syawal...
Sekarang Aween dah besar...abah sentiasa doakan supaya aween jadi anak yang solehah berjaya di dunia dan di akhirat....
Abah and Mami will always love you.....
Comments
Happy belated birtday to maizatul azween.
Pakcik Tokasid doakan Maizatul jadi anak yang solehah yang akan sentiasa du'a-kan abah dan mami.Pakcik harap maizatul akan belajar dan berusaha dgn tekun dalam apa saja yang maizatul dan ceburi nanti dan semoga anakanda excellent dalam semua bidang.
Kalau pakcik ke Kucing, pakcik nak abah bawa jumpa maizatul.
Maizatul dah baca komen u...Dia tanya sapa pak cik ni..so aku tunjuk gambar kita kat kampus dulu dan gambar kita kat airport.
Maizatul ucapkan terimakasih banyak-banyak...