Gendang melayu sarawak



Pada musim cuti sekolah ni.....banyak sangat jemputan kahwin...last week ada t3 jemputan....dan besok ada 2 jemputan kahwin.....
so kena pergi jugak ke majlis perkahwinan walaupun sekejap dan sekadar 'menunjuk muka je...dan menghulur 'sampul surat' "

Last week...pergi kenduri rumah Bang Bujang....yang menariknya beliau mengadakan majlis "gendang Melayu Sarawak" yang semakin tidak pupus kerana org sekarang lebih suka menjemput live band dan karaoke.

Gendang Melayu Sarawak......

Pada suatu ketika dulu gendang melayu sarawak sangat popular di perkampungan melayu.Ianya diadakan almost setiap kali ada keramaian.Ia mengandungi 3 elemen iaitu Rentak Gendang,Pantun dan Tandak.

Irama gendang terbahagi kepada beberapa jenis ....
Sri Sarawak atau Sayang Sarawak,Rentak Labuan,Samsudin,bercerai kasih dan lain-lain lagi....

Sayang Labuan Pulo di laut,
Khabar berita pulo yang tumbuh,
Salam mu tuan saya menyambut,
Asal rahsia disimpan teguh.
Dandan Beranyut :
Tuntung dian tuntung pelita,
Hendak menyuluh si batang sirih,
Berperang dandan dengan dewa,
Kerana merebut intan terpilih.

Pantun Jenaka:
Pandei bena kitak merokok, lepas sebatang,sebatang lagi, pande bena kitak mengolok, lepas sorang ,seorang lagi..

Mengikut cerita org tua-tua dulu..pesta gendang inilah tempat mereka mencari jodoh...bertandak sambil menjeling dan bersignal-signal dgn anak dara yang di dalam tabir...Mereka sanggup berkayuh berjam-jam menaiki perahu semata-mat nak bertandak dan menopeng di majlis bergendang.....

...Tinggi-tinggi simato ari... ...anak kerbo mati tertambat... ...udah lamak kamek mencarik...
...orang baju merah..bilo kamek nak dapat...

Kalau ada peluang saya nak belajar bertandak gendang melayu sarawak sambil bermukun(berbalas pantun dgn pemukul gendang(syeh gendang).

Comments

Popular posts from this blog

...PILIHANRAYA...KWS MELAYU.....

Gambir Sarawak

belajar bahasa melayu sarawak....