umno ke sarawak?















...bendera Umno berkibar di kampong saya.....



Berberapa bulan yang lalu,saya di ziarahi oleh Orang Kuat Jawatankuasa Penaja Umno Negeri Sarawak..Kita telah mengadakan perbincangan yang sihat (healthy discussion mengenai politik semasa.

Antara Soalan saya kpd mereka.

1.Mengapa Umno..sedangkan PBB mempunyai perlembagaan yang hampir sama dgn umno...membela org melayu dan bumiputra ?
........mereka mengatakan PBB telah gagal membela org melayu dan bumiputra Sarawak.
2. Kan Umno juga mempunyai masalah sekarang...mengapa umno?
Mereka menjawab....Umno mempunyai track record dapat membantu rakyat walaupun tak perfect.tapi much better dari PBB...at least pemimpin dapat di tukar ganti kalau tak performed .... tapi di Sarawak.......


Beberapa soalan telah mereka ajukan kpd saya....
1.Berapa ramai usahawan melayu yang dah berjaya (jutawan) di Sarawak?.(tolak Yb-Yb dan keluarga mereka)

2.Berapa banyak tanah-tanah org melayu yang masih ada?
Berapa ramai org melayu masih menunggu gran tanah mereka?

3.Bagaimana dgn ekonomi org melayu sarawak? Tak banyak berubah esp di kawasan persisir pantai sarawak.Ramai lagi masih di bawah paras kemiskinan.(org politik mengatakan tidak ada org yang di bawah paras kemiskinan)

4. Pergilah ke kawasan persisir dan pendalaman...tengok keadaan sekolah dan rumah guru.....memang daif sekali....org kat bandar dah bercakap tentang broadband tapi kita masih bercakap tentang sekolah yang uzur.

5.Kenapa Kerajaan PBB sarawak takut nak review 20 points cobbold's commission?Yang takut dan paling kuat menentang adalah parti komponen bukan bumiputra...kerana takut persaingan.Orang lain dah bercakap tentang globalisasi tapi negeri Sarawak masih 'guna passport" utk org Malaya.

6.Siapa yang menguasai kontrak-kontrak yg besar di Sarawak?
Siapa yang menguasai ladang-ladang di Sarawak?
Siapa yang memonopoli business tertentu di Sarawak?

7. Mengapa Rakyat Sarawak ramai yang berhijrah ke Johor dan Selangor ?
...kerana tak banyak peluang pekerjaan di Sarawak.

Itulah antara-antara soalan yang saya tak dapat jawab.

" Mereka ini juga mengakui tidak mendapat restu dari Umno Pusat....tetapi mereka mengakui ramai org kuat dan ahli umno yang simpati dgn nasib org melayu dan bumiputra di Sarawak.

Mereka akan sedaya upaya utk mendapatkan keahlian(setakat ini hampir 300 ribu org),dan mempunyai cawangan di seluruh pelusuk Sarawak...Dan dgn keahlian yang besar ini mereka akan mempersembahkan permohonan rasmi kpd Presiden Umno utk melebarkan sayapnya ke Bumi Kenyalang ini....(meminang umno utk rakyat Sarawak)

Mereka mengatakan walaupun umno kurang berminat dgn Sarawak...tapi....mereka akan membuktikan org Sarawak minat dgn Umno.

Yang pentingnya mereka ini mempunyai sebab tersendiri utk membawa umno ke Sarawak.....dan tidak harus di perlekehkan.
Sedikit sebanyak kebenaran itu tetap ada......

For me...saya dah tak berapa minat lagi dgn politik Sarawak....sedih ,kecewa melihat keadaan politik Sarawak.
Biarlah kita memberi sumbangan melalui NGO sahaja...kita akan rasa sangat satisfied.

Comments

Anonymous said…
Bro Doc...
Bagi saya UMNO tidak berminat ke Sarawak kerana Points 20 tu. Ada udang sebalik mee mengapa tidak mahu dikaji. Takut penguasaan ke atas aset aset akan terhapus. Perasan tak Sarawak seakan akan berkiblat ke Singapura dan Australia dalam banyak hal. Sebab ada pemimpin yg memang suka orang Semenanjung tidak kacau mereka kat Sarawak.

Kalau UMNO masuk pun saya tak fikir keadaan akan berubah. Politik nepotisme dan kronisme memang dah sebati dalam politik Sarawak. Kalau boleh hendak 7 keturunan memerintah Sarawak.

Jurang antara yang kaya dan miskin sangat ketara. Sebab itu pada saya zakat atau ada sedekah tak perlu diberi melalui Majlis Islam tapi direct kepada yg memerlukan di kampung pesisir. Harap sgt NGO masuk kampung secara diam diam jgn ditanya Ketua Kaum atau Penghulu utk beri bantuan. Kekadang beri melalui Ketua Kaum habis di beri kepada kaum kerabatnya.

Satu lagi masih ramai anak muda/tua minum arak macam minum air dan hidu gam. Itu dikampung pesisir Melayu dan penjualnya hanya minoriti non Melayu. Dah lama dicanang ubah undang-undang dan cegah tapi masih macam tu.

Satu lagi pembangunan terpilih. Kalau pergi ke Santubong jalan agak bagus sampai kehujung. Kalau ke Samarahan juga agak bagus. Kalau ke Muara Tebas jalan hanya bagus setakat CMS Steel. Hmm..ngapa macam tu?.

Saudara baru yg masuk Islam memang ramai hingga ada yg sanggup mewakafkan tanah tapi follow up dari Majlis Islam sgt kurang. Pernah anak saudara baru ni masuk universiti diSemenanjung dan bernasib baik sebab kebetulan bertemu dengan seorang hamba Allah yg uruskan dari airport ke universiti. Apa yg sy nampak Majlis Islam lebih suka kepada program yg 'grand' bila ada YB datang dengan kos pengendalian yg mahal. Alangkah bagusnya kalau pergi senyap senyap ke kawasan saudara baru yg setiap hari menghadapi dugaan.

Mintak maaf panjang berceloteh dirumah bro doc. Mohon izin.

Hj Jobli Madihie
tokasid said…
Salam mamat:

UMNO masuk Sarawak? Aku nak tanya sikit la: Depa yang dok pulun nak bawak masuk UNo ke Sarawak ni, do they know what they are getting into?

They might think PBB is bad and UMNO can changed that! Well, they are making a big mistake. Look at Sabah. Is there any difference in the 'nasib' Sabahan? They only difference is Sabah is governed by UMNO.Thats all.The rest are still the same.The kadar kemiskinan in Sabah is still the same. The problems or illegal PATi and illegal logging is still the same.

If UMNO masuk Sarawak...what is happening now will continue.There might be a shift of power and name of the party, but the mentality of leaders in sarawak will be the same as those in PBB at present.
If UMNO comes into sarawak, the Sarawak UMNO leaders(from sarawak lah kan) will be the same like PBB's too. Sabah had proven that. USNO,Berjaya leaders....now they are they ones controlling UMNO Sabah. So why am I not suprised if UMNO comes into Sarawak, I will see many ex-PBB leadres in the UMNO fold?
mokk said…
Salam Hj Jobli..

Memang benar kata Tuan Haji...
Kalau kita nak listkan perkara-perkara yang menyakitkan hati..banyak sangat.

Kita akan mengambil masa yang lama utk mengubah "mind set" org melayu kita.

Mudah-mudahan generasi baru nanti akan membuat gelombang perubahan ....insyaAllah...demi ugama dan bangsa.
mokk said…
Salam Mamat..

You are right mamat...

mereka ini hanya menukar baju saja jika umno masuk Sarawak ...it will be the same people ...dan akan melakukan perkara yang sama...

Yang penting kita harus berjihad mengubah mind set org-org kita di sini .

Anyway...aku dah tak minat ngan politik disini...kecuali keadaan berubah..dan bila kita rasa kita dapat mengubahnya...insyaAllah
de_kerinchi said…
salam mokk,

Nampak nya masih ada unsur-unsur untuk mempopularkan UMNO di S'rawak...

Saya berpendapat, bahawa usaha untuk membawa UMNO ke S'rawak didalangi oleh mereka yang mengejar kepentingan dan kekuasaan...pendek kata apabila mereka yang berjaya mengasaskan UMNO di Sarawak, pasti akan menjadi pemimpin kanan yang berpengaruh kelak...

Buat masa ini, UMNO tidak perlu untuk wujud Di Sarawak kerana negeri Sarawak merupakan negeri paling stabil dalam politik nya...
Maverick SM said…
Come to West Malaysia and visit our Malay brethens here. Johor can be the best example. Or, you can also visit Perlis, Kedah or Trengganu. Cuba tengok kehidpuan mereka dan beza dengan kehidupan di Sarawak. Tiada beza...sama sama miskin atau tiada benefit yang lebih. Yang dapat lebih atau kaya adalah pemimpin sahaja.

Kalau UMNO memimpin di Sarawak, maka projek projek akan di beri kepada kaki-kaki semenanjung. Cuma lihat Sabah.

Udang di seberang laut...apa dia???
mokk said…
Dear Maverick...

Your are right Bro...
Itu lah yang menyebabkan rakyat Sarawak berhati-hati dalam kes kemasukan Umno ke Sarawak,

..Sarawak politik agak complicated sikit...tak ada kaum atau etnic yang jelas majoritinya... org melayu/melanau islam hanya 22 %sahaja..

..Org Melayu Sarawak..."political will" mereka utk berubah corak pemikiran politik agaklah susah...dan mereka lebih suka "status quo"..

Popular posts from this blog

...PILIHANRAYA...KWS MELAYU.....

Gambir Sarawak

belajar bahasa melayu sarawak....