Behor Pulai dalam ingatan...




Apabila melihat Bulletin Utama Tv 3 yang membuat liputan banjir di Perlis,teringat zaman bersekolah di Behoq Pulai ,Perlis dulu.(1975 to 1979).

SMS Perlis terletak di Behor Pulai,is about 3km from Kangar, surrounded by 'bendang' (sawah).Di belakang sekolah dan di hadapan ada terusan(tali air).Dulu kalau musim banjir memang kita semua happy,cikgu tak leh mai sekolah.Happy sakan lah.

Kita orang adalah batch yang kedua utk sekolah ini.Senior kita org geng Norshah,chuck,hashim suboh (yb la ni).Our pengetua at that time ialah Cikgu Abdul Rahim,garang sangat.,diberi gelaran 'a man with a golden car'.
Saya masuk tingkatan satu tahun 1975 di smsp ni.Bayangkan seorg budak sarawak dari ulu datang ke semananjung(paling jauh pulak tu).cultural shock brader.Berbekalkan keazaman yang kuat saja dapat got thro' semua itu.masa tu baru berumur 11 tahun.tak boleh nak imagine...
Tapi ramai kawan-kawan yang supportive masa tu ,kamal,hadi,4r,kaha,Lan,pak ya,Amin dan ramai lagi,semuanya memberi sokongan dan brotherhood yang kuat.Jutaan terimakasih pada u all,hanya tuhan saja yang dapat membalas budi baik brader semua.

Banyak yang kita belajar semasa berada di Sekolah Asrama Penuh ini.Ia merupakan satu peluang.Peluang utk memajukan diri,menimba pengalaman,berdikari dan belajar menyesuaikan diri dgn persekitaran baru yang asing utk budak kecil dari Sarawak ini.

Kalau nak cerita pengalaman ,banyak sangat...
1.Bab makan,masih ingat lagi term ROTI MAYAT.Sayoq BALAK,Ikan kembong memang menu wajib.kalau hari Sabtu(hari yang ditunggu-tunggu),boleh keluaq pekan,pekena NASI GANJA.
2.Bab belajar.kita org agak malas sikit.dah lah tak berapa cerdek ,malas pulak tu.mana tak kena marah oleh cikgu Khalid Dan.Dulu cikgu khalid cakap aku tak akan dapat credit BM,ternyata dia salah.
3.kalau main bola ,kitalah hebat.Main kat pdg wembley sebelah asrama tu.kamal dgn basketballnya,yang lain main bola.Kalau MSSps kita masuk final bolasepak.sempatlah main kat Stadium Dtk Sheikh Ahmad.

Masa berkumpul kat Prince hotel hari tu..masing cerita kisah lama.Saya tanya dia org apa agaknya dia org buat seandainya mengulangi kehidupan sebagai student SMSP lagi...
1. .......Tak belajar merokok..ada member kena tangkap merokok dan kena public canning.Dia org selalu cakap....hisap rokok LUCKY STRIKE....kalau unlucky kena tangkap....kena Stroke rotan.
2........Ingin belajar bersungguh-sungguh(dulu main kuat..takdak ceramah motivasi,guru kounseling pun tak ada,pandai-pandai sendiri je)
3..........Nak mengeratkan silaturahim...tak nak kehilangan contact dgn member-member.
4....... nak beli nasik lemak ustaz yang sedap ....siap boleh hutang pulak tu
5.........Nak main jerami,daun terup sampai pagi.
6........nak belajar mengorat..(dulu masa kat sekolah tak reti mengorat perempuan)
7.........Nak buat homework on time..taklah kena denda.
8.........Nak belajar ADD MATH betul-betul....sekarang ni nak ajar anak pun tak reti..
9.......nak mandi Ayaq KIKIS......masa tu,selalu tak ada ayaq,kena kikis dalam kolah.
10........nak jadi best student....tapi nak buat camna...f=ma form 5 baru tahu..


walaubagaimana pun Smsp telah mengajar kami tentang kehidupan,berdikari dan semangat setiakawan dan yang penting tentang kemanusiaan...hopefully dapat berkumpul dgn kawan-kawan lama.

Comments

Anonymous said…
Murni,
Aku selalu cerita kat anak anak aku zaman kita belajar di Sains Perlis...sebab anak aku pun belajar kat Sains Penang(baru habis form 5).The reasons why i always bukak cerita lama sebab nak bagi motivasi kat dia....kalau hang ingat zaman kita 80%adalah anak orang kampong and susah.Bandingkan zaman anak aku pulak 80% adalah anak orang senang....so dua senario yg berbeza....dulu kita dok harapkan makan roti mayat and sayor balak....la ni hang tau...dia orang tak makan kat dewan makan.....dia orang makan kat kantin......dulu...aku ...hang dan budak perak selalu kesunyian....ingat mak bapak....la ni mak bapak every montrh datang tenguk....or dia orang balik sendiri......
Tapi...macam hang cakap....sains perlis banyak mengajar mengenai kehidupan....cuma macam hang cakap...aku kesal sebab tak tahu macam mana nak belajar dgn cara yg betul....pakai cincai aje.....lepas tu banyak main....main main.....
i)Kesusahan mengajar kita mensyukuri rahmatNya
ii)Persahabatan sejati tidak akan hilang....satu hari pasti akan menjelma juga...sering teringat hang,PD(syukur la ni dah dapat anak),Lan ketot,Hadi,4R,kaha.....

Kalau hang pi Perlis pasti hang sesat......

Popular posts from this blog

...PILIHANRAYA...KWS MELAYU.....

Gambir Sarawak

belajar bahasa melayu sarawak....