asmaradana.....mana kehangatannya?



Sebagai seorg doktor kat country side,kitalah menjadi tempat rujukan berbagai-bagai masalah,kita akn menjadi seorg doktor,ustaz,guru,sosial worker dan kadang menjadi imam(bidan terjun).
Saya tak complain,malahan berbangga dapat berbakti kpd masyarakat setempat.Malah perkataan DOCTOR adalah dari perkataan sanskrit DOCERE iaitu Guru atau mengajar.
Pada minggu yang lalu seorg kawan mengadu mengenai rumahtangganya yang dingin,tak mesra sperti dulu dan dah tak seindah spt masa bercinta.Saya tetap menjadi pendengar yang setia dan sedaya upaya menjadi kounselar perkahwinan atau kounselar rumahtangga.

Banyak sebab mengapa hubungan asmara suami isteri menjadi dingin.Selalunya ia berpunca daripada kedua-dua pehak.Si suami jangan menyalah isteri saja,begitu juga si isteri jangan salahkan suami saja.kedua-duanya hendaklah memainkan peranan dalam memulihkan hubungan asmara ini.Selalunya kalau kita perhatikan apabila ada ceramah,seminar rumahtangga,yang paling ramai hadir adalah kaum hawa,yang kaum adam tak berminat(ego kot).

Beberapa perkara telah dibincangkan bersama kwn saya ,antaranya:

1.TERIMA DIRI PASANGAN KITA SEADANYA.
Masa bercinta setiap pasangan akan cuba sedaya upaya menjadi yang terbaik utk menyenang hati pasangan.Yang lelaki akan 'control macho' dan yang perempuan akan 'control ayu'.Semuanya indah belaka,kentut pun bau wangi,menunggu kekasih berjam-jam pun rasa sekejap.tapi bila dah kahwin mulalah perkara yang negatif timbul,habit yang tak baik timbul dan perangai yang sebenarnya di ketahui.Apabila kita kahwin dgn pasangan kita ,kita have to accept dirinya dan JANGAN,JANGAN cuba mendesak utk mengubahnya.

2.HUBUNGAN INTIM (sex)
Ia merupakan satu peringkat kemesraan.Expression of love.Jangan melakukan sex kerana terpaksa,sekadar menjalankan tanggungjawab kerana ianya akan berakhir dgn kekecewaan.Dont force your pasangan to do it,lets it comes naturally.seks secara spontan adalah lebih mendatangkan kemesraan...
Luangkan masa utk merancang hubungan emosi yang asli.
a.why dont you try new place utk memadu asmara?
ambil cuti and pergi ke beach,resorts atau check in hotel lima bintang dan spend your
times dgn pasangan anda.(both of u saja) dan jadikan sebagai honeymoon kedua.
b.Kalau tak mampu nak pergi ke tempat-tempat tersebut,hantar anak bercuti sehari dua ke
rumah neneknya atau rumah uncle dan auntynya supaya anda berdua saja di rumah.
Alangkah indah kalau berdua saja,even both of u can walk and stay naked all day long .
Be adventerous....

3.TRUST,KEPERCAYAAN KPD PASANGAN ANDA.
anda mesti tanamkan perasaan trust kpd pasangan anda.Jgn menaruh syak wasangka dan
cemburu yang keterlaluan kpd pasangan anda.
a.pasangan anda akan rasa rimas bila asyik di telipon,di tanya dimana berada,buat apa,dah
makan belum dan asyik kena check aja.
b.jangan kongkong pasangan anda atau queen control.ini akan merimaskan pasangan anda.
c.Jgn cabar pasangan anda,nanti dia buat betul-betul nanti,kan putih mata.

4.KOMUNIKASI.
Jgn mengharapkan pasangan anda mengetahui apa yang ada dalam fikiran anda atau
boleh membaca apa yang anda fikirkan!
a.dgn org lelaki ,anda hendaklah cakap direct to the points.Dia org tak pandai bahasa berbunga
bunga atau bahasa sindiran. Ini akan mengelakkan konflik.
b. dgn org pempuan ,anda mesti berhati-hati bila bercakap,dia org boleh interpret ayat dan
perkatan anda berbagai-bagai pengertian...awas.
c.Org pempuan juga boleh mentafsir bahasa badan dgn baik..dan memikir benda yang
pelik-pelik dan tak masuk akal(sometimes)

5.FOKUS.
fokuskan pada apa yang anda sukakan pada pasangan anda,dan terimalah kelemahannya.
Jgn ungkit kesalahan pasangan anda dan buangkan jauh dari ingatan anda.

6.SETIA PADA PASANGAN ANDA.
Ini kemuncak kpd hubungan antara anda dan pasangan anda.Kalau tak setia akan menjadi
huru-hara.Setialah kpd pasangan anda dan hargailah kesetiaannya dan pengorbanan yg
yg dilakukannya sepanjang hidup bersama.
Jika anda mempunyai kekasih lama tapi jodoh tak ada dan ia muncul semula....JANGAN..
JANGAN...JANGAN terperangkap dan terlibat dgn permainan tersebut.
Elakkanberjumpa dgnnya dan elakkan berhubung dgnnya.Anda akan dapat mengelakkan
ketegangan dgn pasangan anda.

7.PUPUKKAN KASIH-SAYANG.
kasih-sayang ni macam kita tanam bunga,kalau kita siram air dan kita baja setiap hari bunga
kita akan tumbuh dgn subur dan cantik.,begitu jugak dgn kasih-sayang,ia nya akan subur
jika kita sentiasa berusaha utk menjaganya..
Ianya dapat di pupuk dgn;
a. kata-kata manis.sentiasa memuji pasangan anda dan sentiasa menghargainya
b.menolong pasangan anda melaksana kerja harian di rumah
c.bergurau-senda
d.outing bersama
e.peluk pasangan anda setiap hari
f.senyuman manis kpd pasangan anda,
g.lakukan semula apa yang anda pernah lakukan semasa bercinta dgnnya.
h.Mandi bersama pasangan anda,tentu anda rasa bahagia.dan lain lain lagi

8.Ilmu hubungan suami isteri.
Dalami ilmu ugama dgn menghadiri majlis ilmu,ceramah,seminar .Pelajari hak suami keatas
isteri dan hak isteri keatas suami.Rajinlah bertanya dgn org yg berpegelaman,dan konselor
perkahwinan.

9.Bersosial.
Dgn menyertai kumpulan NGO,persatuan bersama pasangan akan mendedahkan anda kpd
kehidupan sebenarnya dan akan membuka minda anda.Di samping anda menyertai pasangan
anda.
Pergi bersama pasangan anda bila ada khenduri,majlis perkahwinan,majlis keramaian di
tempat anda atau ke majlis makan malam jabatannya.Dgn berbuat demikian kawan pasangan
anda akan mengenali anda dan anda mengenali sapa kawan pasangan anda.

10.SAYANGI ANAK-ANAK.
utk menyayangi pasangan anda sayangilah anak-anak anda.anak-anak adalah penghubung
antara suami isteri.

11.HUBUNGAN BAIK DGN MENTUA DAN IPAR-DUAI
Untuk mengembirakan hati pasangan anda,adakan hubungan yang baik dgn ibubapa
pasangan anda dan adik beradiknya.Kerana mereka ini mempunyai pengaruh yang sangat
besar kpd pasangan anda.

12.APA TABIAT,HABIT PASANGAN ANDA?
Utk mendapatkan hubungan yang harmoni dan baik ,beberap soalan perlu dijawab.
a.Apa makanan kesukaannya?
b.Apa yg membuatnya cepat marah?
c.Apa sukan kegemarannya?
d.Apa Tv show kegemarannya?
e.Apa yang selalu membuatnya gembira? dan banyak lagi soalan yg anda boleh tanya pada
diri anda sendiri.dan berusaha utk mencari jawapannya.Dengan itu anda akan tahu apa
yang anda harus buat dan apa yang anda harus elakkan.

13.BERSENDIRIAN
Pada masa tertentu pasangan anda perlukan masa utk dirinya sendiri.Biarkan nya
bersendirian dan jgn diganggu.Bila habis tempoh bersendirian dia akan seperti sediakala
utk anda.

14.SOLAT DAN DOA
Jgn lupa dgn Allah, kita harus sentiasa berdoa semuga hubungan kita dgn pasangan kita
kekal hingga akhir hayat kita.Kita mesti ingat jodoh ,maut dan pertemuan di tangan tuhan.
Manusia hanya boleh merancang dan Allah menentukan semuanya.Jgn lupa Solat !

Comments

Popular posts from this blog

...PILIHANRAYA...KWS MELAYU.....

Gambir Sarawak

belajar bahasa melayu sarawak....