pekerjaan sementara......
Pernah tak anda terfikir bahawa tugas anda sebagai ibu-bapa adalah pekerjaan sementara atau pekerjaan kontrak?
Katakan anak anda dah 5 tahun,dan apabila anak anda dah habis form 5 dan masuk ipt kira-kira berumur 18 tahun ,dia dijangka akan meninggalkan kita.Habis ipt lalu bekerja dan berumahtangga,maka masa kita dgn anak kita dah seolah-olah berakhir.Dia akan balik hari raya aje ,itupun kalau dia tak ikut suami atau isterinya.So tugas anda selesai tak lama lagi kira-kira 13 tahun atau 156 bulan atau 4745 hari saja lagi.
Kita tahu bahawa masa akan berlalu dengan begitu pantas dan kita seharus membuat auditing keatas tugas yang di amanahkan kepada kita sebagai ibubapa.
BERJAYAKAH ANDA MENJALANKAN TUGAS ANDA SEBAGAI PARENT?
Actually ,how are doing as a parent?
Adakah kita berjaya mendidik mereka supaya mereka menjadi org yang berguna dan berjaya dalam kehidupan mereka?
Anda perasan tak,kita selalunya dan terlalu concentrate dengan bagaimana nak mengubah behaviour anak-anak kita tapi tidak bersungguh nak mengubah behaviour kita sendiri terhadap anak-anak kita?
Satu kajian telah dibuat keatas 100,000 kanak-kanak mengenai apa yang dikendaki oleh mereka,atau harapan mereka terhadap ibu-bapa mereka.
Mari kita lihat hasil kajian tersebut dan anda boleh buat auditing sendiri tentang apa yang anda telah buat.....
1.Children want thier parents who dont argue infront of them.
Kanak-kanak akan buat apa yang mereka nampak dan buat apa yang parent dia orang buat,bukanya apa yang parent dia orang cakap atau suruh buat.Boleh tak anda marah tanpa attacking your patner or masa anda mempertahankan diri anda?Dengan melihat ini anak-anak anda akan belajar supaya dapat control marah dan menyelesaikan perbezaan dgn lebih baik.
2.Children want their parents who answer thier question.
Anda tak rasa bersalah bila bercakap "tak tengok kah abah sibuk ni...nantilah tanya" atau "Banyak tanya pula budak ni".Kita mesti mengambil masa atau peruntukkan masa kita utk menjawab soalan-soalan mereka.Kalau kita tak tahu jawapan nya mengakulah tak tahu dan berusahalah bersama mereka utk mencari jawapannya.
3.Parents who concentrate on good points instead of weak ones.
Kalau kita ada anak lima orang,kita akan dapati ada lima keunikan masing-masing.Setiap mereka ada kebaikan dan kelemahan.Dalam kepala kita dah ada list kebaikan,talents,kelebihan dan kelemahan setiap org anak kita.Ambil masa utk memperkuatkan kelebihan anak kita dan memperbaiki ,kelemahan mereka.
4.Parents who dicipline them when needed,but not infront of others.
Jangan mendisplinkan anak-anak didepan org terutamanya dihadapan kawan-kawan mereka.Mereka akan menjadi rendah diri dan rasa malu.do it discreetly.
5.parents yang memupuk semangat berkerjasama(team spirit) dgn mereka.
Ini akan memupukkan semangat berkerjasama di hati anak-anak terutamanya yang remaja.Ini akan menimbulkan semangat prihatin dan berbelas kesian terhadap org lain.So bagaimana nak memupukkan semangat ini?Contohnya....mencuci kereta bersama,mencuci pinggan mangkuk dan membersih rumah bersama dan banyak lagi.
6.Parents yang mengalu-alukan(welcome) kawan mereka ke rumah.
Tengok hikmahnya...kalau anak anda dan kawan-kawannya di rumah anda,sekurang-kurangnya anda tahu dimana anak anda berada.Dan paling penting anda kenal kawan-kawan nya.
7.Parents yang mempunyai sifat toleransi yang tinggi terhadap org lain.
Kalau anda driving,tiba-tiba orang memotong que anda,adakah anda terus marah dan mula menyumpah seranah?anda boleh menunjukkan toleransi anda disini.Anak anda akan mengikut sifat sabar anda.ajar mereka tentang kesabaran dan menerima kesalahan org lain.
8.Parents yang consistent.
Kita hendak consistent dalam melakukan sesuatu,jangan hangat-hangat tahi ayam saja.kalau ada peraturan yang ditetapkan hendaklah consistent melaksanakan nya.
9.Parents yang jujur.
Kalau telefon berbunyi"beritahu abah tak ada di rumah".Anda perasan tak anda telah menjadi model utk anak anda supaya berbohong.Do you say what you mean?and Do you mean what you say?
10.Parents yang tidak ada 'pilih kasih' dikalangan anak-anak.
Treating anak the same does not mean treating them 'equal'.Setiap anak adalah unik dan mempunyai keperluan yang tersendiri tetapi anak kita memerlukan kasih-sayang yang sama drp kita.Evaluate relationship kita dgn setiap anak kita.
Kadang kita tak perasan tingkah-laku kita banyak tak memenuhi cita-rasa anak-anak kita.Kita asyik nak mengubah tingkah-laku mereka tanpa menyedari kita yang mengajar mereka selama ini.Semuga kita semua dapat evaluate semula peranan kita sebagai parents.
Comments