(HIV virus)



Pada 1 Dec setiap tahun,seluruh dunia merayakan Hari Aids Sedunia.
First case of Aids telah di diagnosed di New York pada tahun 1979 dan sehingga sekarang berjuta-juta manusia telah dijangkiti oleh virus Hiv.Tidak ada yang terkecuali semuanya at risks.

Di negeri Sarawak lebih kurang 500 org telah di jangkiti Hiv virus.Sebahagian besar adalah berumur antara 29 hingga 39 tahun.
Cara jangkitan adalah hubungan sexual(heterosexual)

Mode of infection;
Hiv hanya boleh merebak melalui hubungan sexual samada heterosexual atau homosexual,perkongsian jarum,blood transfusion(yang dicemari oleh virus Hiv),antara ibu dgn anak kandungannya.

Mari kita lihat jangkitan Hiv dan Aids ini dari sudut ugama,walaupun tak berapa digemari oleh beberapa NGO di negara kita.
Jangkitan hiv ini dapat dikategorikan sebagai HUKUMAN KEATAS PELANGGARAN FITRAH, 'UQUBAH AL-FITRAH'
Fitrah ertinya asal kejadian,jati diri atau naluri manusia atau nature.
Hubungan sex adalah fitrah atau being human.Secara fitrahnya hubungan ini harus dilakukan dgn berlainan jenis.Lelaki mencintai wanita dan wanita mencintai lelaki,itulah fitrah.Apabila berlakunya hubungan homosexual maka Uqubah al-fitrah berlaku.
Dalam Islam melarang melakukan seks secara rambang.Islam menganjurkan perkahwinan dan bagi yang mampu dan memenuhi syarat adalah wajib utk kahwin.Secara fitrahnya wanita adalah monogami dan melarang wanita melakukan poliandri(kahwin ramai lelaki) berlainan dgn lelaki yg mempunyai kecenderungan berpoligami,kerana itu agama tidak melarang poligami tetapi meletakkan syarat yang ketat supaya tidak disalahgunakan.ITULAH FITRAH,INILAH AGAMA..Dan kalau ini dilanggar maka terjadilah UQUBAH AL FITRAH.
Hadis "tidak berleluasa fahisyah dalam satu masyarakat,sampai mereka terang-terang
melakukannya,kecuali terjadinya wabak dan penyakit yang mana mereka belum
pernah kenal oleh generasi terdahulu"
Dan sampai sekarang belum ada ubat yang dapat benar-benar menghapuskan virus Hiv ini.

Mengikut lapuran dari jabatan epidemiology negeri Sarawak penyebab utama jangkitan di sini adalah melalui hubungan sexual yang bertentangan dgn fitrah manusia iaitu homasexual dan multiple sexual partners(sex secara rambang).Al Quran menamakan sebagai fahisyah(keburukan,kemungkaran yang melampaui batas).

Al Quran menyatakan "Berhati-hatilah dgn cubaan dan seksaan yang tidak hanya menimpa
orang-orang yang berlaku aniaya di antara kamu dan ketahuilah
bahawa Allah mahakeras seksaNya(QS8:25)
Peringatan drp alquran tadi menyatakan bala ini tidak terkena pada yang melakukan pelangaran fitrah saja tapi kpd yang tak berdosa seperti anak-anak pengidap hiv ini,Hospital staff yang terdedah kapd penyakit ini dan ramai lagi yang terdedah kpd hiv ini.

Kesedaran,awareness,knowledge,keprihatinan terhadap penyakit ini harus di pertingkatkan melalui program pendidikan kesihatan yang lebih aggressive dan istiqamah.Pendidikan ini harus dijalankan di sekolah-sekolah,ipt,kilang-kilang,kampung-kampung dan seluruh pelusuk negara bukan sekadar memberi kondom free dan jarum free saja.
Dan yang paling penting sekali membenteras penyebabnya.

Semuga kita semua dilindungi Allah dari penyakit ini dan menetapkan keimanan kita ..Amin

Comments

Popular posts from this blog

...PILIHANRAYA...KWS MELAYU.....

Gambir Sarawak

belajar bahasa melayu sarawak....