Raya Korban..



Walaupun Hari Raya Korban kurang meriah di negeri Sarawak tapi di kampung-kampung di Kota Samarahan masih mengamalkan Adat Hantar Dulang ke masjid.Setiap rumah di kampung akan menghantar makanan sedulang yang mengandungi lauk pauk .Orang kampung akan berkumpul di masjid selepas solat aidil adha dan doa selamat akan dibaca oleh imam masjid.selepas itu apa lagi makan lah....
Adat ini masih diamalkan di kampung melayu di kawasan luar-bandar.kalau bandar kuching tak ada lagi adat ini.
Masalahnya makanan terlalu banyak tapi yang datang makan tak ramai.Pembaziran berlaku.Yang pentingnya semangat persaudaraan dan siraturahim akan menjadi kuat di kalangan orang-orang kampung.

Comments

Popular posts from this blog

...PILIHANRAYA...KWS MELAYU.....

Gambir Sarawak

belajar bahasa melayu sarawak....