'BULU' yang orang suka tolong

Saya nak tanya lagi sekali...SIAPAKAH YANG LEBIH CENDERUNG KITA BANTU,ORANG KACAK,CANTIK DAN BERPARAS MENARIK ATAU SEBALIKNYA?
I think most of you cakap tak memilih rupa atau 'bulu',jangan tipulah.....sebenarnya kita lebih cenderung utk menolong orang yang baik paras rupa dan memilih 'bulu'.
Ini telah dibuktikan oleh pakar-pakar psikologi.Mereka mendapati kita lebih terdorong utk menolong dan memberi bantuan kpd yang cantik,kacak dan baik paras rupa.(no wonder janda-janda yang cantik ramai yang offer nak tolong.....)

Hasil kajian ini merisaukan kita kerana implikasinya terhadap mereka yang benar-benar memerlukan pertolongan spt org miskin,melarat,org tua,org kurang upaya yang biasanya tidak mempunyai paras rupa yang menawan.

2.Satu 'bulu' lagi ialah 'bulu' yang serupa dgn kita.
Apabila kita mengangap individu itu serupa dgn kita,kita lebih terdorong utk menolongnya.

Kajian menunjukkan ciri yang serupa seperti dari pakaian,sikap,bangsa,ugama,dari kampung yang sama,atau dari keturunan keluarga yang sama.
Ini dikatakan "KESERUPAAN" ,atau "KITA SERUPA"(macam lagu Headwind) menyebabkan kita merasa kita sebahagian drp mereka.

3."bulu" yang ke3 ialah kita lebih terdorong menolong org yang telah dan pernah menolong kita.
ataupun kita menolong org yang pada anggapan kita ,orang itu kuat menolong org.contoh kita lebih terdorong menolong Tok Imam kat kampung,Tok Mudim yang telah menyunat kita,Doktor-doktor dll walaupun mereka ini tak pernah menolong kita.

PENGAJARAN;
SETELAH KITA TAHU DARI SEGI PSIKOLOGI PRINSIP TOLONG-MENOLONG ,KITA HARUS MENOLAK PENGARUH "BULU" INI.BERILAH PERTOLONGAN KEPADA SIAPA SAJA YANG BERHAK DAN SEPATUTNYA KITA TOLONG.

Comments

Popular posts from this blog

...PILIHANRAYA...KWS MELAYU.....

Gambir Sarawak

belajar bahasa melayu sarawak....