Adat ...."tak naklah mati anak kerana adat...."

Orang Melayu Sarawak banyak mempunyai adat yang unik dan tersendiri...Kebanyakannya telah pupus dan mungkin kerana ramai yang menyedari ianya bertentangan dgn syariat islam maka ianya telah lama ditinggalkan....Tapi ada juga yang masih mengamalkannya(tak ramai).

1.PENGANTIN
.Org tua mereka akan berjumpa dgn bomoh atau lebai utk menentukan hari,tarikh,dan bulan kerana mempercayai ada hari-hari tertentu membawa berkat dan sial dsb.
Mempelai akan turut dipantang seperti makanan tertentu tak boleh makan,masuk hutan tak boleh ,menyeberangi sungai tak boleh..kerana boleh mendatangkan bala.
Pengantin perempuan kena mandi bunga dan mak andam akan membaca mentera supaya kelihatan canti dan menawan pada hari perkahwinan.
Pengantin lelaki akan diberi Pendinding utk mengelak kena sihir.
Pengantin Lelaki dan Perempuan akan pergi ke sungai utk buang PERAJA.ini mengandungi sireh ,pinang,rokok dan telor.(utk apa ?mungkin kasi hantu makan kot)Kalau kita lalu kat Jambatan Sungai Sarawak di Kuching pada musim org kahwin,kita akan jumpa org buat ini.

2.MAJLIS PERKAHWINAN.
Trend sekarang, org kita dah berlumba-lumba nak buat majlis besar-besaran..dah timbul perasaan riak dan menunjuk-nunjuk.
Ada yang sanggup ambil loan kooperasi ,dah anak 3 orang masih bayar loan.
Ada yang nak buat grand sampai buat kat Dewan Suarah,hotel dsbnya..
Bagi tetamu pulak..kalau tak bawa sampul surat berisi at least rm 10 segan nak pergi.Kalau melawat keluarga org mati tak segan pulak tak bawa sampul surat.

3.KENDURI ARWAH.
Org melayu Sarawak masih mengamalkan kenduri arwah.
Setiap malam sembahyang berjemaah(maghrib dan Isyak) dan tahlil sampai ke hari ke7.
YANG PELIKNYA ANAK-ANAK DAN ISTERI/SUAMI KADANG-KADANG TAK IKUT BERJEMAAH DAN BACA YASIN BERTAHLIL KERANA SIBUK BUAT PERSIAPAN UTK MAJLIS MAKAN..(TERBALIK KAN?)
Majlis Tahlil dan kenduri akan dibuat lagi pada hari yang ke20,40,dan ke 100.

Kalau mengikut syariat islam sepatutnya jiran dan kita memberi makanan ,membantu keluarga simati .utk meringankan bebanan mereka.
Ada keluarga yang saya kenali..sanggup mengadai tanah utk menguruskan majlis-majlis kematian ini..sedihkan.

4.PERGI HAJI
Sebelum pegi haji ada kenduri widak,terpaksa belanja banyak dan tetamu akn membawa sampul.
Keluarga yang tinggal di kampung akan membuat majlis Doa Selamat setiap malam jumaat atau hari jumaat utk mendoakan kesejahteraan ahli keluarga yg mengerja haji.

Pada hari wukup ,keluarga di kampung akan mengoreng berteh sampai habis hari tasyrik.Saya pernah bertanya dgn makcik yang mengoreng berteh ini,dia berkata"supaya org yang mengerja haji ,badan mereka menjadi ringan dan senang bergerak di tanah suci"

Bila balik dari haji,Majlis Sembahyang jemaah akan diadakan,selalunya maghrib dan isyak.Org balik haji akan jadi imam(ini mesti,saya pernah kena),nak ambik berkat org balik haji.
Bersalam dgn org baru balik haji pun lain caranya....mesti peluk dan cium pipi.Bukan muhrim pun peluk,cium pipi.
Kenduri makan tak boleh miss..tetap diadakan.Org kampung akan berkumpul dirumah pak haji dan menunggu air zam-zam dan buah kurma dan buahtangan lain seperti kopiah,tasbih dan minyak dhab.

4.PUJA SUNGAI DAN LAUT.
Ini dah tak dibuat,masa kecik-kecik dulu pernah tengok.Makanan dan bertih,pulut kuning dan telor akan diletak diatas rakit kecil.Rakit ini akan dihanyutkan dalam sungai dan laut.Utk kasi maksupaya nelayan boleh tangkap banyak ikan.(macam tak percaya Allah beri rezeki)

5.BULAN RAMADAN
Org melayu Sarawak menyambut bulan ramadan macam menyambut pesta makanan.Atas meja penuh dgn makanan pada waktu berbuka....last-last masuk bakul sampah.Sepatutnya bulan puasa kita control semua nafsu tapi sebaliknya.
Bab Terawih...awal ramadan penuh dan dari 20 ramadan hingga akhir ,tinggal tok imam,bilal,khatib dan tok siak je.

Masih terdapat setiap malam ramadan ,org kampung menghantar makanan,kuih-muih utk jemaah selepas terawih.
Majlis bertadarus masih dijalankan.....tapi selalunya nak cepat-cepat habiskan satu jus.Tak ada yang membuat tafsiran dan pengajaran dari jus-jus yang dibaca.(bila nak berubah?)

6.HARI RAYA.
Org melayu memang terkenal dgn berpesta...semua nak baru,langsir baru,sofa baru ,tikar getah baru,cawan dan pinggan nak baru,rumah dicat baru,tile ditukar baru..Perlukah?
Kalau kuih Lapis tak 5 jenis ,tak sah raya.

KITA SEBAGAI ORG ISLAM PERLU MEMILIH ADAT YANG BERSESUAIAN DGN ISLAM.MANA YANG BERTENTANGAN KITA ELAKKAN.BIARLAH ADAT ITU MATI.

Comments

Popular posts from this blog

...PILIHANRAYA...KWS MELAYU.....

Gambir Sarawak

belajar bahasa melayu sarawak....