Bagaimana rupa gajah?


Semalam bersama Farith membaca buku cerita "the six blind men with an elephant".Kebanyakan buku cerita kanak-kanak masa kini banyak mengandungi pengajaran utk org dewasa dalam menghadapi kehidupan seharian .
Kisah org buta dgn gajah ini amat menarik sekali.
Org buta yg pertama menyentuh badan gajah,dia membuat kesimpulan gajah seperti dinding.
Org buta ke2,memegang gading gajah...membuat kesimpulan gajah seperti Lembing
Org buta ke3,memegang belalai....membuat kesimpulan gajah spt Ular
Org buta ke4,memegang kaki....membuat kesimpulan gajah spt Pokok Kayu
Org buta ke5,memegang telinga gajah..membuat kesimpulan gajah spt Kipas
Org buta ke6,memegang ekor..membuat kesimpulan gajah spt Tali

Masing-masing telah membuat kesimpulan mengenai bagaimana rupa haiwan yang bernama gajah itu.Masing-masing pula menganggap diri mereka betul dan sangat percaya diri mereka betul dan orang lain salah.

Kita tak dapat mengatakan sesiapa salah disini kerana mereka menyatakan pengetahuan mereka ,pengelaman mereka dgn gajah.Mereka betul dari segi persepsi mereka.Tak ada yang salah.

PENGAJARAN DARI CERITA INI.
1.KECENDERUNGAN KITA MEMBUAT KESIMPULAN BERKENAAN DGN SUATU PERKARA BERDASARKAN SEDIKIT PENGELAMAN YANG KITA ADA MENGENAI NYA.

2.KITA JUGA SEPERTI ORG BUTA TERSEBUT,TAK MUNGKIN KITA TAHU SEMUA,ATAU MENJADI MR/MISS KNOW ALL,YANG TAHU SERBA SERBI MENGENAI SESUATU PERKARA.Dalam kehidupan ini, kita semua mempunyai kebolehan tersendiri,contohnya tukang kayu spesialist dalam ukiran kayu,tukang simen dgn kepakarannya.Dgn itu jangan memandang rendah kepada org lain dan menganggap kita saja yang pandai....

3.Ingat selalu bahawa,KITA HANYA MELIHAT SEDIKIT,MENDENGAR SEDIKIT DAN MENGETAHUI SEDIKIT......

Comments

Popular posts from this blog

...PILIHANRAYA...KWS MELAYU.....

Gambir Sarawak

belajar bahasa melayu sarawak....