ujian Allah....

malam tadi balik lambat dari warong berborak dengan ustaz hamdan dan teruna.Kita orang cerita dari hal tenis sampai ke cerita mengenai ugama iaitu ujian dari Allah...
Memang ,orang selalu beranggapan kalau lepak mesti bercerita hal-hal yang mengarut...tapi kita mestilah mengguna masa itu dengan sebaik mungkin.....Tak mestinya kalau nak bercakap hal ugama di masjid saja.Itu yang saya ingin ubahkan dari pemikiran kawan-kawan saya.

Ujian Allah.
benefitnya;
1.manusia menjadi lebih matang dan mantap selepas di uji dan tanpa ujian potensi dirinya tidak akan terserlah
2.Sebagai hambanya kita sepatutnya bersyukur apabila di uji

Imam Ghazali menjelaskan dalam ilya ulumudin tentang pengertian atau bagaimana kita mesti melihat ujian Allah secara positif
1.Musibah dan kesakitan bukan kuasa yang menentukan jalan hidup.Kuasa yang menentukan jalan hidup kita adalah Allah.
2.Musibah yang menimpa adalah ringan kerana ia tidak berkaitan dgn agama.

Omar Al Khatab berkata "Jika aku mendapat ujian duniawi,aku bersyukur kerana terdapat padanya 4 nikmat
1.Ujian itu tiada kaitan dgn agama
2.Ia tidak besar berbanding dgn ujian agama
3.Aku mendpt keredaanNya
4.Aku menharap pahala drp Nya

Berbanding dgn akhirat,azab di dunia adalah ringan dan sekejap.
Penderitaan itu adalah sebahagian drp ketetapan Allah swt .Apabila ujian berlaku mungkin akan datang selepas itu kesenangan dan kebahagian...insyaAllah.
Dan paling penting sekali ujian di dunia adalah jalan mencapai kebahagian di akhirat.

Hadis;
Seorang lelaki ada baginya satu darjat di sisi Allah yang dia tak tercapai dgn amal tetapi akan tercapai dgn ujian yang menimpa keatas tubuh badannya.(imam abu daud)

Tidak ada satupun musibah yg menimpa keatas seorang muslim samaada kepenatan,sakit yang kronik,kerisauan,kesedihan,kesakitan sehingga duri yg terkena di badannya melainkan ia menjadi kifarat baginya drp dosa-dosa.(bukhari,muslim)

Sesungguhnya kejayaan bersama sama kesabaran,kelapangan bersama-sama kesusahan dan sesungguhnya berserta dgn kepayahan adalah kesenangan.(imam al tarmizi)

Marilah kita berdoa semuga saudara saudara kita di Aceh,Pakistan,Kashmir bersabar dalam menghadapi dugaan Allah...Semuga sinar kemenangan bersinar kembali .

Comments

Popular posts from this blog

...PILIHANRAYA...KWS MELAYU.....

Gambir Sarawak

belajar bahasa melayu sarawak....