kutipan jumaat

Hari ini turun awal sikit ke masjid,sempat berborak dgn tok siak dan ajk masjid yang lain.Bila saya melihat pada papan kenyataan masjid,terpampang jumlah kutipan setiap jumaat.Sedih juga tengok jumlah nya ,setiap minggu hanya dapat mengutip rm 25-27 sahaja.
Kenapa susah sangat para jemaah nak menderma kepada masjid.Setiap jumaat,kalau jemaah lebih kurang 200 org,kalau setiap jemaah sedekahkan rm1,maka jumlah kutipan rm200.
kalau hanya rm25 setiap minggu,sebulan kutipan hanya rm100.macam mana nak bayar bil api,air dan sengalarakan masjid.
Macam mana nak bagi kesedaran kepada para jemaah bahawa masjid juga perlukan dana utknya berfungsi?Takkan benda macam ni pun nak mintak dgn YB.Bila lagi org melayu islam nak berdikari?
Org kita ni kalau nak komplen ajk masjid memang pandai,nak itulah nak inilah...tapi kalau kita ajak buat bersama apa-apa program masjid tak nampak pun batang hidung mereka.
Macam mana nak motivate mereka ini?Ini merupakan satu cabaran kepada kawan-kawan ajk masjid.Semuga tuan-tuan berjaya dan mendapat pertolongan drp Allah.

Comments

Popular posts from this blog

...PILIHANRAYA...KWS MELAYU.....

Gambir Sarawak

belajar bahasa melayu sarawak....