musim haji dah sampai,dan sekarang musim kenduri widak.
Teringat semasa menunai haji 12 tahun yang lalu.Betapa indahnya suasana musim haji,masih terbayang keindahan itu walaupun sudah lama berlalu.

Gambar di atas merupakan Masji Nabi di Madinah Al munawarah.Di situlah letaknya Raudah dan Makam Rasulullah saw.

Saya sempat bersembayang di Raudhah,sembahyang sunat dan sempat berdoa di tempat yang dijanjikan akan dimakbul Allah akan doa kita.Kita akan merasa tenang dan indah sekali semasa duduk di raudhah.Tak dapat nak di gambarkan bagaimana rasanya ketenangan itu..Tanyalah pada mereka yang pernah sampai di madinah,mereka akan mencerita tentang ketenangan itu...itu dinamakan taman syurga.

Seamasa di makam Rasullulah saw,tak terasa dada menjadi sebak dan menitis airmata,entahlah kenapa?mungkin kerana berhadapan dgn rasullulah dan merasa betapa kerdilnya kita ini,dan kita berhadapan dgn kekasih Allah.

Memang benar kata orang,sekali kita pergi ,hati kita akan merindui Madinah dan Makkah.memang menjadi cita-cita ingin membawa keluarga menunaikan haji,Bila agaknya?Semuga Allah memberi rezeki dan memberi hidayah utk menjadi tetamuNya.InsyaAllah...






Beginilah keadaan masjid nabi...

Comments

Popular posts from this blog

...PILIHANRAYA...KWS MELAYU.....

Gambir Sarawak

belajar bahasa melayu sarawak....