0ccupational hazard

Sebagai seorang doktor pun ada risiko perkerjaan nya tersendiri.Ini kisah saya alami sebagai doktor di Hospital Saratok tahun 1992.Saratok terletak kira-kira 200 km dari Kuching.

Seorang pesakit wanita mendapatkan rawatan utk Kelewatan pusingan menses nya.Seperti biasa saya akan melakukan siasatan dan rawatan.saya mengarah pesakit tersebut utk berjumpa semula dengan saya selepas satu minggu kalau mensesnya belum dtg juga.
Beberapa hari kemudian wanita tersebut cuba menghubungi saya melalui talipon di hospital tapi gagal.dan telefonis terus sambungkan line ke quarters saya...

Cik X: Hello,boleh cakap dgn doc..
mami:doc tak ada.Sapa cakap ni.
cikx:pesakit ni..saya nak cakap ngan doc.
mami: dia tak ada..ada apa-apa pesan
cikx: bagi tau doc(dgn nada amat gembira)..menses saya dah datang..dan saya tak risau lagi.
mami:ok

Apabila saya balik ke rumah..saya tengok muka isteri saya masam je...saya tanya kenapa ,dia senyap je...kamudian ia bersuara..
mami:senang lah hati,tak risau lagi..
saya pun hairan dan tak tahu apa yang di cakapkan..
mami:tadi ada girl friend abang talipon,dia cakap menses dia dah datang dan tak perlu risau lagi.

Terpaksalah saya explained panjang lebar mengenai pesakit ini...kalau tidak terpaksalah peluk bantal je....
Itulah sebahagian dari risiko rumahtangga doktor..

Comments

tokasid said…
Kah3...
memang lah kerja kita ni kadang2 mendatangkan fitnah apa lagi bila bini terlalu sayang kat kita sampai cemburu tak memasal mamat.

Bukan masa dalam servis saja, la ni dah jadi GP pun kadang2 bini tengok semacam bila patient tipon atau sms.
Sabar je la..
Peluk bantal panjang tak pa lagi. Kalau kena tidog depan TV apa macam??
Kalau kena posa 2-3 hari lagi terok..

Popular posts from this blog

...PILIHANRAYA...KWS MELAYU.....

Gambir Sarawak

belajar bahasa melayu sarawak....