Pelajaran dari anak-anak kita..

"Abah,boleh tak along ngan angah tidor bilek abah" tanya Maizatul.Saya terus menjawab boleh.kendengaran sorakan "YES" dari angah dan mereka berdua terus mengambil bantal dan selimut masuk ke bilek abah dan mami.Melepaslah abah!...
Awal pagi saya memerhati dan merenungi wajah anak-anak yang sedang tidur,kelihatan kecantikan ,keayuan dan betapa innocent nya wajah-wajah mereka.Banyak perkara mengenai kehidupan dapat kita pelajari dari anak-anak kita....Tak terasa dada menjadi sebak dan terasa sayu mengenang amanah Allah ini.Terasa amat berat amanah ini dan mampukah saya memikulnya.Mereka ini menjadi inspirasi dan memberi kekuatan jiwa utk menjadi lebih baik dan berhati-hati menjaga amanah Allah ini.
Cuba kita renungkan kembali di saat isteri kita mula hamil,loya dan muntah-muntah dan dlm keadaan lemah,ia mengajar kita menjadi lebih sabar dan lebih mengerti akan erti kesabaran dan paling pentingnya kemesraan suami-isteri bertambah erat.Anak kita mengajar kita tentang kasih sayang.
Di saat kelahirannya,kita ajar supaya pasrah dan mengharapkan ketentuan tuhan.Kita meletakan pengharapan yang seratus peratus kepada Allah supaya isteri dan anak kita selamat.Ia mengajar erti tawakal kpd Allah.
Apabila anak kita lahir,banyak pelajaran baru kita pelajari.Sebanyak mana buku mengenai perkembangan anak yang kita baca,ianya tak sama dgn pengalaman dan pengetahuan yang kita dapati dlm membesarkan anak kita sendiri.
Pada peringkat awalnya,anak kita hanya pandai menangis dan tersenyum,lihatlah betapa kerdilnya kita ,kita hanya makhluk yang lemah dan kita perlukan kekuatan dari Allah.

Ketika anak-anak mula mengerakkan tangan,mereka akan cuba mencapai sesuatu sehingga berjaya.Betapa optimis dan bersemangat waja anak-anak kita.

Ketika anak-anak mula belajar merangkak,duduk dan berjalan,perhatikan setiap kali mereka jatuh mereka akan bangun semula sehingga mereka dapat berjalan dan berlari.Anak ini mengajar kita supaya kita tak mengenal erti putus asa dan terus mencuba sehingga berjaya.Ia mengajar kita ,kalau kita berusaha bersungguh-sungguh kita pasti berjaya macam mereka.

Apabila ia mula belajar makan,semuanya akan di masukkan kedalam mulut.Ini merupakan citarasa ingin tahu.mereka tak mengenal erti masam,manis,masin dsb.Semangat ingin tahu dan ingin mencuba ini yang anak kita ingin semaikan kepada kita tanpa kita sedari.mMengapa kita tak mengambil pengajaran drp mereka?

Apabila mereka mula bercakap,kita semua tak mampu nak melayan mereka.semuanya baru bagi mereka. selagi belum dapat jawapan yang memuaskan selagi itu mereka akan bertanya?Ini adalah proses menambah ilmu bagi anak-anak.Tapi kita sebagai ibubapa,malu nak bertanya,menghadhiri majlis ilmu dan membaca buku dan kitab utk menambahkan ilmu kita.Belajarlah dari anak-anak kita!

Anak kita juga mengajar kita menjadi seorang yang pemaaf dan bukan seorang pendendam.Lihatlah apabila kita memarahi mereka,mereka tetap ingin bermanja-manja dengan kita seolah-olah tiada apa yang berlaku.Begitu jugak di sekolah mereka bertengkar dan berkelahi dgn kwn-kwn mereka,tetapi tetap bermain bersama tanpa menunjukkan perasaan dendam dan marah.

Begitu banyak yang kita dapat pelajari dari anak-anak kita dalam kita menempuh kehidupan dunia ini.Maka kita seharusnya bersyukur dengan kurniaan yang tak ternilai ini dengan mendidik mereka menjadi org yang solleh dan sollehah yang dapat mendoakan kita dan menjadi harta yang tak terputus setelah kita tiada kelak.
Anak-anak ku,Abah will always love you all....

Comments

Anonymous said…
artical yang bagus untuk tatapan semua.sebagai pengajaran dan ingatan semua.sewajarnya seorang wanita, isteri dan emak harus dihargai.dan hormatilah mereka tak kira dimana dan terimalah seadanya kerana itu adalah ketentuan dari ^......

Popular posts from this blog

...PILIHANRAYA...KWS MELAYU.....

Gambir Sarawak

belajar bahasa melayu sarawak....