..meh.bunuh syaitan...lawak 18sx

sungai sarawak dan bandar kuching...



Meh kita bunuh setan...

seorang lelaki berusia lima puluhan baru sahaja kematian isteri akibat
penyakit kronik.
Jiran sekampung menawarkan beberapa
perempuan untuk dijadikan isteri dan teman hidup
barunya. Alasan mereka beliau perlu berkahwin semula
memandangkan anak-anaknya sudah besar malah tinggal
jauh di bandar dan tiada orang yang akan menjaga
makan, minum, sakit, pening si duda itu.

Setelah meminta tempoh dan berfikir sedalam-dalamnya
dia pun bersetuju untuk berkahwin.

Selepas memilih dari beberapa orang calon isteri yang
ditawarkan oleh orang kampong maka dia pun berkahwin
dengan seorang perempuan yang agak muda

berusia dalam lingkungan dua puluh lima tahun. Selepas
majlis pernikahan mereka pun hidup bersama seperti
pengantin baru yang lain....

Isteri barunya sering ke surau pada setiap petang
Khamis mengikuti kuliah agama yang sering diadakan
secara mingguan dengan pesyarah jemputan yang diundang
khas mengajar agama di kampong tersebut. Suatu petang
selepas pulang dari kuliah agama di surau dia
menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah
tersebut.

"Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan
isteri itu bersatu/bersetubuh kannn... abang kann...
dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul
maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama
seperti membunuh 10 ekor syaitan".

Kata si suami "ye kerr... tak apa malam ni malam
Jumaat, masa yang sesuai untuk bunuh syaitan kann,
betul tak sayanggg..." sambil ketawa.

Si isteri hanya tersenyum panjang.

Selang dua hari kemudian, si isteri berkata, "Banggg,
jom kita bunuh syaitan bang...". Si suami tersenyum
panjang.

Selang dua hari kemudian, si isteri berkata lagi,
"Banggg, jom kita bunuh syaitan bang...".

"Tak pe... tunggula malam nanti".

Esoknya si isteri berkata lagi, "Banggg, jom kita
bunuh syaitan banggg...". Si suami diam sambil
mengangguk lemah.

Esoknya si isteri berkata lagi, "Banggg, jom kita
bunuh syaitan banggg... ".

Si suami tiba-tiba marah dan berteriak ... "Ayang nie
nak bunuh syaitan ke nak bunuh abang...!!!"

**** MORAL OF THE STORY: JANGAN CARI ISTERI MUDA
KALAU DAH TAK MAMPU!!! .....hahahahhahahah hahahah

Comments

Anonymous said…
Salam Mokk,

I clicked your link from TA, and I have been reading you before, cuma malu lah nak tinggal comment.

But this one I must lah... sebab you buat I ketawa berdekah dekah dalam ofis. Bak kata TA, "gelak tergolek anjing". Alahai... you know, you could pass as a story teller. Congrats!
mokk said…
Salam Elviza..
..tq kerana singgah kat sini...
Jangan lupa bunuh syaitan ye..ha ha
Anonymous said…
Dear Mokk,
Siri pembunuhan syaitan ni mesti diteruskan kalu tak macam2 problem timbul.Saye ingat si suami ni agaknye dah tak kuat iman kut,bunuh syaitan pun buat tak intersted je kah kah
tokasid said…
Salam mamat:

Hang kalu lawak macam ni memang cukup suka la kan? Hang kena ambik 'iktibar dari kisah ini.Umur hang pun dah lanjut tak larat nak bunuh setan selalu.jadi padamkan lah cita-cita hang nak yg muda trang-tang-tang.Carilah nenek-nenek tunggal saja.Lagi banyak pahala.

Aku ni pulak setan nak bunuh aku.Macamana pulak tu??

Popular posts from this blog

...PILIHANRAYA...KWS MELAYU.....

Gambir Sarawak

belajar bahasa melayu sarawak....