belajar bahasa melayu sarawak....

Serawak Vs Semenanjung



(warna biru..bahasa malaysia dan warna merah adalah bahasa melayu sarawak...

perkataan yang sama tapi berlainan makna....)

1) Berikut adalah senarai peserta yang akan berekot dalam acara larian amal.

2) Api yang marak akan menyebabkan marak penggunaan kayu api.

3) Mereka melemparkan cebisan kerak nasi ke arah sekumpulan kerak.

4) Walaupun ditetak beberapa kali dengan parang namun dia masih mampu tetak.

5) Impiannya untuk menjual ikan kering itu hancur-lebur setelah semua ikan yang dijemurnya lebur terkena hujan lebat.

6) Suasana tepi pantai yang nyaman membuatkan makanan terasa lebih nyaman.

7) Melihatkan pelawak yang tidak kelakar itu menyebabkan penonton berkelakar sesama sendiri.

8. Orang ramai berpusu-pusu untuk membeli ikan pusuk.

9. Kerana banyaknya pakaian yang dibuat dari ampaian membuatkannya semput keletihan.

10. Oleh kerana berasa dirinya lawa membuatkan sikapnya lawa.

11. Dia masih tidak tahu sini tempatnya walaupun sudah berkali-kali diberitahu bahawa kita akan berjumpa di sini.

12. Kali terakhir aku tangga, dia duduk di tangga.

13. Kanak-kanak berumur bawah 12 tahun akan dihadiahkan sebiji belon setiap kali mereka menaiki belon.

14. Keadaan muka bumi yang agak lembut menyebabkan perjalanan mereka menjadi agak lembot.

15. Rahsia ini jangan dipadah dengan orang lain kerana ianya boleh membawa padah kepada kita.

16. Sebarang maklumat berkaitan rancangan ini mesti dibuat dengan teliti, jangan sebarang.

17. Perutnya rasa berbual selepas berbual panjang sambil minum arak dengan teman-temannya di kedai itu.

18. Kesemua crew RTM yang membuat liputan di puncak Gunung Everest dikhuatiri mati keruk kerana kesejukan.

19. "Pergilah abas Pakcik Abas kat hospital tu" katanya pada anak-anaknya.

20. Terdapat banyak tapak mangkuk dibuang di tapak pelupusan itu.

21. Sik banyak kemudahan awam disediakan di daerah Sik, Kedah.

22. Beliang hatinya melihatkan mukanya penuh berliang roma.

23. Dengan adanya undang-undang baru ini, diharapkan nasib penternak undang di negara ini akan lebih terbela.

14. Setelah kepak terbang seharian, burung itu hinggap sebentar merehatkan kepaknya.

25. Semua ayam yang dibiaknya masih terlalu biak untuk disembelih.

Comments

tokasid said…
Salam mamat:

baguih hang buat tuition bahasa Serawak utk kami ni. Tapi hang kena lah bagi makna sebenar bahasa serawak tu atau apa maknanya dalam bahasa Malaysia supaya kitak orang Semenanjung paham.
Puteri said…
wah best nih.. byk lagi kene blajar dr cikgu mokk ;)
Unknown said…
naak tanya,encik tahu x bahasa penann

Popular posts from this blog

...PILIHANRAYA...KWS MELAYU.....

Gambir Sarawak

belajar bahasa melayu sarawak....