sharing.....
"Abah,kakak(pembantu rumah) letak sikit sangat bekal....Tak cukup nak bagi kat kawan..."kata Angah bila sampai kat rumah ,balik dari sekolah......I'm proud of her...kerana mempunyai sifat sharing dgn kawan-kawan nya.......so now i should re enforce sifat ini pada anak-anak semuga mereka mempunyai sifat dan semangat utk bersedeqah dan sharing ...dan yang pentingnya loving dan prihatin dgn org lain.........
Dalam satu hadith, Nabi menerangkan setiap awal pagi, semasa terbit matahari ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi.
Yang satu menyeru 'Ya Tuhanku, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kerana Allah. Yang satu lagi menyeru 'Musnahkanlah orang yang menahan hartanya (lokek)'
Orang yang bakhil tidak manfaatkan hartanya untuk dunia dan akhiratnya.
Menginfaqkan (Belanjakan) harta adalah berkat, sebaliknya menahannya adalah celaka.
Dalam hadith lain, nabi bersabda takutilah api neraka walaupun dengan sebelah biji tamar.
Dan sabdanya lagi Sedekah itu penghapus dosa sebagaimana air memadam api.
Sedekah walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah.............. Dan digalakkan memberi sedekah pada awal pagi.
Sekiranya dapat diamalkan perkara-perkara di atas, insyallah rezeki yang dikurniakan oleh Allah akan kekal walaupun telah digunakan.
Percayalah dan yakinilah......... Allah akan membalas atau menggantikan apa yang telah dibelanjakan.
Amalkan ilmu yang ada, nanti Allah akan menambahkan ilmu lagi. Begitu juga harta - belanjakan harta yang ada, Allah akan tambahkan lagi dari sumber yang kita tidak ketahui.
Comments