perkara yang tak disukai suami........


last Tuesday...pibg sk dtk traoh dan pibg sk dtk mohd musa kota samarahan mengadakan ceramah parenting.Terima kaseh kpd Yayasan Sarawak yang telah sponsor majlis ini.....

Saya menjadi Pengerusi Forum tersebut..penceramah daripada yayasan sarawak En Shuib hj Maknun telah menyampaikan ceramah yang bertajuk..IBUBAPA BESTARI.

petikan drp ceramah beliau.....'perkara yang tak disukai suami'
(telah diubah suai dan ditambah garam dan asam...supaya ada" rasa" sikit)
1.memperkecilkan suami...
.....mengatakan hal suami kita dihadapan org lain antara sedar atau tidak walaupun ia benar...."suami i tu...goreng ikan pun tak pandai....
"suami i tu...sembahyang subuh selalu missed"
"suami i tu....tak reti nak romantik-romantik..tak best la.."

2.Asyik nak check suami dgn meneleponnya selalu dan dimasa yang salah..
......"hello....abang tgh meeting ker...busy ke.....saja nak beritahu abang,ayang tengah tengok cerita Thailand...best,sedih sangat"

3.Menyuruh suami membeli itu dan ini ,semasa suami on the way balik dari tempat kerja sedangkan baru balik dari pasarraya semalam.
"Bang..garam dan beras dah habis...dah tak ada untuk masak petang ni..."

4.Tidak memberi instuction yang lengkap semasa menyuruh suami membeli barang.
"kan saya suruh beli susu cair...yang abang beli susu pekat buat apa!"

5.Isteri buat decision atau dah buat temujanji ,tanpa consult suami...
"u tak main tenis atau golf petang ni kan....kita ada dinner kat suruh puan bedah"

6.mengajak kawan-kawan dtg kerumah tanpa persetujuan suami...
"besok ,hari minggu..Peot dan minot nak dtg rumah ,lunch dan dinner rumah kita....boleh kan bang...bolehla.....

7.berpakaian lusuh dan berkain batik sja di rumah...
"sayang baju ni tak pakai...t shirt ni selesa la..bang.Yang lain buat jalan-jalan atau guna pergi khenduri je...kan bang..jimatlah kos."

8.Mengambil masa yang lama utk menyiapkan diri,bersolek,sedangkan suami sampai tertidur di sofa menunngu.
"..tak tau baju kurung mana nak pakai...tudung pula susah nak pilih..tak matching la bang"

9.Isteri dgn sengaja atau tidak menyebelahi anak-anak bila suami sedang marah dan menasihatkan anak..
"budak tu dah besar...biarkan dia bawa motosikal tu.."

10.membebel dan mengungkit kesalahan suami berulang-ulang....
...."kan saya dah cakap....pop pet popet......

11.Lebih percayakan org lain drp suami sendiri...
..."si Leha cakap makan ubat ni bagus..boleh menguruskan badan....awak mana tahu"

12.Menuduh suami tanpa usul periksa...
....." bak sini handfon tu...saya nak check...betina mana sms awak malam-malam ni"

13.menceritakan hal rumahtangga pada org lain..
"suami i tu....hari-hari dia mau....tak tahan lah saya"

14.Tak patuh cakap suami..
"kan saya dah cakap..jangan buat hutang,hutang kain Mak Bedah pun belum abis awak bayar..."

15.Bila isteri tak sembahyang....
"selalu betul awak uzur......"

Comments

Popular posts from this blog

...PILIHANRAYA...KWS MELAYU.....

Gambir Sarawak

belajar bahasa melayu sarawak....