PESANAN AL GHAZALI......

6 persoalan hidup yang telah diperkatakan oleh imam Al-Ghazali..............

Adakah kita semua pernah berfikir sedemikian.......

1.) Apa yang paling dekat dengan kita di dunia ini? Mati
.............mungkin kerana mati sentiasa mengikuti kita ataupun kita
selalu tidak sedar bahawa kita akan mati bila-bila masa apabila
sudah sampai ajalnya.

2.) Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini? - Masa lalu
......................Semakin hari semakin jauh kita meninggalkan masa kanak-kanak
kita yg suci dari dosa dan kita tidak akan kembali ke masa lalu.
Kita harus buat self auditing.......

3.) Apa yang paling besar di dunia? - Nafsu
................Manusia sering dikuasai oleh nafsu sehinggakan mereka sanggup
bertuhankan nafsu. Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu
kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

4.) Apa yang paling berat di dunia ini? - Memegang amanah
.....................kita sanggup membawa amanah yang akhirnya tercicir begitu sahaja.
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu
ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin)
di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi
permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka
kerana ia tidak mampu memegang amanahnya.

5.) Apa yang paling ringan di dunia ini? - Meninggalkan solat
..........................Orang semakin memandang ringan terhadap solat dan melaksanakannya
atau tidak bukannya lagi merupakan perkara yang besar. Kadang kala
kerana pekerjaan, kerana konsert, kerana bola kita gadaikan solat.

6.) Apa yang paling tajam di dunia ini? - Lidah manusia
...........................walaupun pedang itu tajam sifatnya namun ianya tidak dapat
menandingi kehebatan penangan lidah, kerana melalui lidah, manusia
dengan mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

...PILIHANRAYA...KWS MELAYU.....

Gambir Sarawak

belajar bahasa melayu sarawak....