..Tahniah Farzana..





PUTRAJAYA 13 Nov. - Seramai 46,641 atau 9.2 peratus daripada 518,616 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimudin Mohd. Dom berkata, keputusan tersebut adalah lebih baik berbanding purata 7.8 peratus yang mencapai keputusan yang sama untuk tempoh lima tahun sebelumnya.

Beliau berkata, Gred Purata Kebangsaan (GPK) untuk tahun ini juga bertambah baik pada pointer 2.36 berbanding purata 2.39 untuk tempoh lima tahun lepas.

``Pencapaian keseluruhan UPSR tahun ini adalah lebih baik daripada lima tahun sebelumnya dengan 46,641 (9.2 peratus) calon mendapat A dalam semua mata pelajaran manakala 317,404 calon (62.7 peratus) mendapat minimum gred C dalam semua mata pelajaran.

``Seramai 488,567 calon atau 96.3 peratus daripada jumlah calon telah mencapai tahap literasi yang dikehendaki berbanding purata 95.7 peratus untuk lima tahun lalu,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - Utusan


Farzana Izzati..adalah salah seorang di antara 46641 yang mendapat 5A dalam UPSR baru-baru ini.
Hari ini bila mendapat keputusan anakanda ini..tak terasa air mata kegembiraan keluar.Farzana...awak buat abah bangga !

3 bulan terakhir sebelum pepereksaan..banyak pantang larang farzana ni..(ikut cakap cikgu..kalau abah yang cakap..tak caya ya!)

1.Tak boleh makan kepala ikan..
2.tak boleh makan kepala udang..
3.tak boleh makan keropok..
4.tak boleh makan maggie mee..
5,tak boleh minum air yang bergas...

Pagi hari..setiap hari makan telor rebus dan separuh masak...sampai muak tapi cikgu cakap utk otak..farzana telan jugak ...

Lepas je habis exam...Farzana sapu semua...ha ha dan telor farzana tak makan dah..

..Farzana mesti ingat..."kalau kita berusaha bersungguh-sungguh,InsyaAllah kita akan berjaya...dan kalau orang lain boleh buat kita juga boleh buat..dengan lebih baik lagi"

Comments

dahirisaini said…
dr. tahniah atas kecemerlangan anak. semoga terus maju jaya..salam.

Popular posts from this blog

...PILIHANRAYA...KWS MELAYU.....

Gambir Sarawak

belajar bahasa melayu sarawak....