..bahasa malaysia...

PULAU PINANG 4 Nov. – Ahli Exco Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM), Nik Rizman Sapian hari ini memfailkan saman terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang berhubung tindakannya meluluskan permohonan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) memasang papan tanda pelbagai bahasa di kawasan tapak warisan di Georgetown....

Agaknya apa sebab dia orang saman Kerajaan Negeri Pulau Pinang? Mereka harus juga menyaman kerajaan pusat kerana menamakan jalan di Putra Jaya ..Precint, Boulevard dan sebagainya dan menamakan aiport Kuala Lumpur International Airport(klia)..KLCC.
Menamakan bangunan "palace of justice" dan bangunan yang sewaktu dengan nya.

Di Sarawak..menghairankan kenapa Taman Perumahan tidak melambangkan kita berada di Malaysia..kita akan jumpa Taman Heng Guan,Taman seng goon, Taman Yap, Taman Mei Ling.Begitu juga dgn nama jalan raya ..
Nama-nama bangunan di Sarawak..tidak melambangkan keMalaysian..

Kalau kita sebagai Rakyat Malaysia tak mendaulatkan Bahasa Malaysia,Siapa Lagi? Kan ada yang melaungkan Malaysian Malaysia...so bagaimana kalau kita mulakan dengan menggunakan Bahasa Malaysia.

Alangkah baiknya kalau kita melaksanakan satu Aliran persekolahan iaitu sekolah kebangsaan dan bahasa ibunda seperti Bahasa Mandarin,Tamil, Iban,Bidayuh ,Kadazan di ajar di sekolah sebagai bahasa ketiga..Ini akan mengukuhkan Integrasi di peringkat kanak-kanak lagi..

Sarawak mengikut 20 points Cobbold's Commission..akan menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa Pengantar di Sekolah selepas 10 tahun merdeka iaitu pada tahun 1973....sehinggalah sekarang..
Di Sarawak yang mempunyai berpuluh suku kaum...bahasa komunikasi mereka adalah bahasa Melayu Sarawak/bahasa Malaysia.

Semuga satu hari nanti..kita hanya di kenali sebagai Bangsa Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

...PILIHANRAYA...KWS MELAYU.....

Gambir Sarawak

belajar bahasa melayu sarawak....