..some people..very lucky.arh


Dugaan pasang 4
Oleh Nasharuddin Muhammad dan Ahmad Rabiul Zulkifli
am@hmetro.com.my

KUALA TERENGGANU: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam, meminta pemandu lori, Mohamed Nor Awang, 57, yang memiliki tiga isteri mengemukakan saksi bagi menyokong keterangan diberikannya untuk berkahwin kali keempat.

Hakim Shaikh Ahmad Ismail membuat keputusan itu selepas tidak berpuas hati dengan keterangan tambahan diberikan Mohamed Nor berhubung status kewangannya tanpa mengemukakan catatan lengkap pendapatan bulanannya serta alasan kukuh untuk berkahwin kali keempat selepas mempunyai tiga isteri.

Menurut Shaikh Ahmad, persetujuan ketiga-tiga isteri pemohon yang bersetuju memberi kebenaran dan menyokong permohonan suami mereka bernikah lain serta pengakuan pemohon yang mendakwa mampu dari segi zahir dan batin belum memadai bagi mahkamah membuat keputusan untuk membenarkan permohonan itu.


.....Nak Pasang lebih pun susah walaupun isteri-isteri dah setuju...
Agak nya apa ilmu Encik Abang tu pakai...bolehlah kawan-kawan ziarah abang ni kat Terengganu

...Hakim mempunyai reasons yang tersendiri dan menyiasat keupayaan encik Abang ni dari segi zahir(kewangan) dan dari segi batin.(how?..maybe pengakuan dari isteri-isteri nya)sebelum meluluskan permohonan beliau..
Dari lapuran akhbar Abang ni dah mempunyai ramai anak..ya lah rezeki ditangan tuhan tapi dengan pendapatan 1500 cukupah?

Anyway...gua respek kat abang ni...jom pi Terengganu..mintak tips dari abang ni...

Comments

tokasid said…
Salam mamat:

hang bila lagi??
Kah3...saja nak cucuk hang.

Popular posts from this blog

...PILIHANRAYA...KWS MELAYU.....

Gambir Sarawak

belajar bahasa melayu sarawak....