Selamat Hari Guru.....
Gambar bersama guru-guru dan classmate di Sek Men Sains Tuanku Syed Putra Perlis tahun 1975 hingga 1979.
Pesan Allahyarham emak saya..kita mesti menghormati guru-guru kita...guru pengajian yang formal(sekolah) dan guru yang tak formal spt guru ngaji,guru mengajar sembahyang dan sebagai nya.Alasan yg di berikan supaya ilmu yg diberikan guru membawa keberkatan.Dan sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka,Pesanan ini juga saya sampaikan pada anak-anak saya dan akan sentiasa meningatkan mereka.
Saban tahun kita akan menyambut hariguru pada tarikh keramat ini 15 hb Mei.
Bila sebut je hari guru teringat akan zaman persekolahan dulu di utara tanah air Perlis.Di sini lah pembentukan sahsiah terhadap diri ini...cikgu -cikgu SMSTSP telah menanam semangat juang,semangat berdikari,semangat setiakawan dan semangat nasioanlisme.TERIMA KASIH cikgu Abdul Rahim,Pak Ya,cikgu Mansoq,Cikgu Ishak,Cikgu Khalid Dan,Mr Chua dan ramai lagi yang tak dapat saya tuliskan disini....
SELAMAT HARI GURU....SEMUGA ALLAH MEMBERKATI CIKGU SEMUA DAN SENTIASA DALAM RAHMATNYA
Comments