..Tips utk Ibubapa...

Sempena Hari Bapa...kita terima Email ini...dan sangat menarik untuk di kongsi bersama dan di menafaatkan bersama......

Susah nak jadi "Ayah Mithali"......


Berikut ini 21 tips untuk anda ingat dan renungkan!

1.Ketika mereka mula tertidur bisikkan suatu doa dan tadahkankan tanganmu, memohon pada Allah ! Mereka akan menjadi apa yang mereka dengar.

2. Apabila anda marah atau memukul, secepatnya peluk dan terangkan kenapa itu terjadi dan mintalah maaf.

3. Tunjukkan bahwa anda sayang dan mencintai pasangan anda iaitu Ayah atau Ibu mereka. Sebenarnya mereka risaukan perceraian.

4. Tersenyumlah tika bertemu mereka, tertawalah bersama mereka.

5. Katakan setiap hari bahwa anda mencintai mereka dan peluk mereka sekerap mungkin.

6. Anda harus tahu…mainan termahal bagi mereka adalah Ibu dan Ayah. Ajaklah mereka bermain teka teki atau bermain apa saja bersama mereka.

7. Ajaklah mereka bersantai bersama di ruang tamu. Dengar pengalaman mereka dan berbincanglan secara terbuka dengan mereka.

8. Peruntukkan waktu berkualiti bersama keluarga untuk benar-benar memahami mereka.

9. Jadilah pendengar yang baik. Mereka harus tahu anda mendengar apa yg mereka ingin sampaikan pada anda.

10. Jangan bandingkan mereka dengan anak-anak lain walaupun kakak atau adik. Terimalah mereka seadanya, ‘nobody perfect’.

11. Mereka lebih menyukai pernyataan positif. Kritikan melukai hati.

12. Sebagai ganti marah kerana kesalahannya, pujilah mereka setiap kali melakukan hal yang baik. Katakan bahawa anda berbangga dengan mereka!

13. Bicarakan masalah anda, sehingga mereka tahu bahawa bukan hanya mereka yang punya masalah.

14. Jika anak anda laki-laki, cari waktu bersama melakukan hobinya seperti bermain kereta remote control dan jika anak anda wanita, cari waktu utk masak-masak bersama mereka. Di sini mereka akan banyak mendengar nasihat-nasihat anda.

15. Luangkan waktu untuk menjelaskan banyak hal pada anak. Hadirilah kegiatan sekolah anak.

16. Hargailah barang-barang, upayakan Anda tertarik hasil karya mereka.

17. Cuba ambil tahu apa yg mereka sukai,benci ataupun takuti seperti masakan kegemaran, warna kegemaran atau binatang yg mereka takuti. Dengan ini anda dapat mengenali anak anda dengan lebih baik.

18. Sedapat mungkin makan bersama di rumah. Jangan membiasakan anak anda
mencari hiburan di luar rumah. Tanamkan rasa ‘homely’ dan mementingkan hubungan kekeluargaan pada anak anda.

19. Katakan ada bahagia menjadi ibu bapanya.

20. Minta pendapat anak anda tentang sesuatu hal seperti tempat bercuti tahun ini dan sebagainya supaya mereka rasa diri tidak tersisih dari perbincangan keluarga.

21. Hargailah barang-barang kesayangan anak anda. Jika mereka berbakat melukis, gantunglah lukisan mereka di bilik tidur atau ruang tamu.

Semoga bermanfaat dan menjadi berkat buat kita semua dan juga menjadi keluarga yg bahagia dan dirahmati Tuhan.

Comments

tokasid said…
Salam mamat:
TQ for the reminder.Alhamdulillah.
Fauziah Ismail said…
Salam Mokk
My thinking is when parents don't show their affection, it does not mean that they don't love their children.
I think they don't know how to express themselves to their children especially parents, whose own parents were not expressive of their feelings.
My own father was like that when I was growing up but in later years, I was refered to as "sweetheart" (sampai dia tersilap cakap on the telefon, calling my colleague that when she answered my phonecall) and hugs were aplenty.
I missed that, now that he's gone and all I have is the memory to hold on.
tokasid said…
Salam mokk and Fauziah:

I agree with Fauziah. Many parents are not expressive. Me included. But I told my son, that I love him so much even he might not hear that again from me. But I told him I'll show my love with what I will do and willing to do for him as long as he doesn't go overboard .
mokk said…
Salam.TA and Fauziah....agree with both of u...
I normally agak susah nak express perasaan dulu..tapi cuba nak mengubah diri supaya lebih mesra alam...
I know i need to change dan menyatakan kasih sayang dgn lisan dan perbuatan kpd anak-anak dan isteri...

Kita sebenarnya terdedah dan terikut bagaimana ayah-emak kita mendidik kita...sometimes cara ayah kita tak lagi sesuai digunakan pada masa sekarang.

Ayah saya seorang yang garang..rotan dan kayu adalah hukuman bagi kesalahan spt ponteng mengaji...mandi sungai,pi curik buah kebun orang.....tak ade nye guna saikologi ke...slow talk ke dsb.

Mas berubah dan pendekatan kita terhadap anak pun berubah tapi tetap untuk menjadikan mereka anak yang solehah dan solleh,,,insyaAllah.Amin

Popular posts from this blog

...PILIHANRAYA...KWS MELAYU.....

Gambir Sarawak

belajar bahasa melayu sarawak....