poligami


Hari ini seorang pesakit Mr B datang ke klinik just about clinic nak close....

Mr B: Doc, i tak sakit tapi nak minta tolong...

Me: Apa yang boleh saya bantu?

Mr B: Saya baru balik dari mahkamah syariah....

Me: so....

Mr B;...Sebenarnya saya memohon kebenaran poligami......dan saya memberi alasan kerana hendak anak......

Me: kan u dah ada 2 isteri ....

Mr B: Ya lah dan Hakim Mahkamah mau bukti yang saya tak mandul....dan mahkamah hendak kan surat dari doktor kerajaan....

Me: memanglah macam tu....mesti dari doktor kerajaan....

Mr B: u ada kenal doktor kerajaan tak? Mintak tolong u bagi tau kat doktor tu ...just buat surat yang menyatakan saya tak mandul....

Me: Tak bolih camtu....doktor ada etika nya sendiri dan saya tak boleh memaksa atau mengarah doktor tu utk menipu mahkamah.
Nanti kena belasah hakim...nahas dan malu nanti....

Mr B: Tolong lah dok.....kita orang dah suka sama suka dah....

Me: tak boleh...doktor tu akan membuat pemereksaan rapi dan u terpaksa memberi air mani u utk di hantar ke makmal dan di buat pemeriksaan...

MrB: Itu lah masalahnya....malas nak buat ujian dan nak ambil air mani tu...

Me: u tak ada pilihan...u jumpa doktor kat klinik kesihatan kerajaan...dan u terpaksa melalui ujian tersebut baru lah doktor dapat mengeluarkan surat.....doktor tak akan buat surat tanpa ujian....

Mr B: tak boleh ker....just buat surat kata i tak mandul..?

Me: kalau hakim tanya apa bukti yang u tak mandul...macam nak dia nak support statements dia?

Mr B;...hai...kenape lah susah sangat ni

Me: i' m sorry...ini saya tak dapat bantu....

Mr B; terima kasih dok...


Mahkamah syariah agak strict ,bila ada orang nak mohon utk poligami....
Tapi i know orang-orang ni tak akan putus asa.......dia orang boleh pergi ke Tebedu dan Indon yang hanya satu jam driving dari Kota Samarahan utk kahwin dan balik nanti just lapur ke Jabatan Agama dan bayar denda rm3000(maksimum) kawin poligami tanpa kebenaran dan another Rm 3000 (maksimum) utk utk kahwin luar Mukim.Kat Kalimantan kos perkahwinan kurang daripada rm1000.

So....orang lelaki akan membuat apa saja sampai hajatnya tercapai....



Comments

tokasid said…
Salam mamat:

Tebedu ni kira macam Golok kat selatan thai la noo...hang senang la kan pasai ada branch kat sana.I mean clinic branch la. Branch lain aku tak tau lagi...heh3 jangan marah arrr.

Mamat,jantan ni lagi ada nafsu lagi tu la berhajat nak pasang maksimum.Tapi sendiri mau ukur lah kan. Jangan dok ikut nafsu saja. Mungkin nafkah boleh bagi tapi nak adil yang berat. Dah tu sering ada cold wars. Boleh mabuk hang tau ka
mokk said…
Salam...
Betui tu mamat..tebedu mcm golok..the nearest Indonesian town just about a few kilometers away dari perbatasan...


Ramai org Malaysia yang membuat lawatan muhibbah dan "meriah " kat sana..semuanya bisa di atur Pak.
Anonymous said…
Saya nampak satu ruang biz yg pasti boom....buka cawangan klinik kat sana amacam Dr Mokk?
Fauziah Ismail said…
Salam Mokk
Hmm, there is always a way to bend or break rules. You just have to find it.

Popular posts from this blog

...PILIHANRAYA...KWS MELAYU.....

Gambir Sarawak

belajar bahasa melayu sarawak....