kepimpinan...




Last Saturday,dijemput memberi ceramah kepimpinan kpd belia/remaja di Kawasan Parlimen Sadong.
Sebelum bermula ..saya ingin mendapatkan persepsi mereka keatas kepimpinan atau persepsi mereka kpd pemimpin mereka di peringkat akar-umbi.

"KALAU DI SEBUT KETUA ATAU PEMIMPIN APA YANG TERBAYANG DI FIKIRAN ANDA?"......SAOLAN MUKKADIMAH SAYA.

Apa yang para belia itu tulis dikertas......
1.Glamer
2.kaya,banyak duit dan tanah
3.banyak projek dan kontrak
4.kereta besar
5.rumah besar
6.susah dihampiri
7.hipokrit
8.cakap tak serupa bikin..dan banyak lagi yang negatif.....

SOALAN KEDUA...."PEMIMPIN BAGAIMANA YANG SAUDARA KEHENDAKI?
Antara jawapan mereka.....
1.Amanah,jujur
2.mudah di hampiri
3.mudah senyum
4.tak pilih bulu bila menolong orang
5.pemurah
6.humble
7.tak bermuka-muka
8.dtg khenduri bila dijemput

9.belia friendly
10.tak mungkir janji....

Antara kandungan ceramah saya....untuk menimbulkan semangat kepimpinan dan semangat boleh dipimpin dikalangan belia....

10 Ciri Pemimpin yang Berkesan

1. Spiritually dan emotionally baik -
Seorang pemimpin harus sentiasa menyelidik dan memeriksa segala keaiban dan kelemahannya sendiri lalu memperbaikinya.Mudah dan sanggup di tegur.....
Keikhlasan tujuan bahawa segala perbuatan semata-mata untuk Allah SWT.
Memperbanyakkan amalan sunnah dan tidak meninggalkan suruhan Allah SWT.

2. Fizikal yang fit-
Orang yang lemah tentulah tidak cerdas dan cergas dalam melaksanakan tugas yang mencabar.
Oleh yang demikian, seorang ketua tidak boleh sekali-kali mengabaikan keadaan kesihatannya.

3. Kecerdasan mental dan sanggup belajar dan bertanya -
Globalisasi yang semakin rencam dengan berbagai ragam .....idea, ....ideologi ......dan kebudayaan memerlukan pemimpin membangunkan keupayaan mental dan fikirannya bagi membolehkannya menghadapi sebarang kemungkinan dan cabaran.
Akalnya perlu diperkembangkan dengan bahan-bahan yang berbagai rupa supaya menjadi lebih subur, matang dan mantap.
Ketua mesti banyak membaca dan peka dengan peristiwa sekeliling.

4. Mempunyai wawasan dan kenal dgn organisasinya -
Selain tekun melaksanakan kegiatannya, ketua harus juga memerhatikan tindak-tanduknya dengan teliti dan jujur.
Dia juga harus tahu berkenaan situasi fikiran dan organisasinya.
Dia harus mengenali pendapat para anggotanya dan memahami masalah-masalah mereka.

5. Muhasabah diri -
Pemimpin wajib mengetahui potensi yang ada pada dirinya, mengukuhkan kekuatan dan menguatkan mana-mana kelemahannya.
Dia mesti berusaha memperkaya pengetahuan amnya serta mempelajari pelbagai topik, pendapat dan fikiran dalam pelbagai bidang.
Dia harus memberi perhatian dengan mengkaji peribadi pemimpin yang terdahulu.

6. Prihatin kepada Ahli -
Ketua harus dapat menawan keyakinan orang bawahannya bagi membolehkan dia mendapat manfaat daripada kebolehan ahli sendiri untuk seluruh organisasi yang dipimpin.
Namun hal ini akan berjaya sekiranya pemimpin benar-benar menunjukkan usaha mahu mengenali anggota-anggotanya dari dekat, mengambil tahu hal-ehwal mereka sama ada yang berbentuk peribadi atau bercorak umum, ikut menyertai mereka ketika mereka gembira dan duka serta berusaha mencari penyelesaian bagi masalah-masalah mereka.

7. Menjadi Role model -
Orang bawahan yang dipimpin akan sentiasa memerhati dan memandang kepada pemimpin mereka sebagai role model yang boleh mereka teladani.
Oleh itu, telatah pemimpin, kecergasannya, budi pekertinya, kata-kata dan segala perubahannya mempunyai pengaruh yang amat berkesan ke atas seluruh organisasi.
Oleh itu pemimpin mesti menunjukkan contoh teladan yang baik untuk diteladani.

8. Pemikiran yang kritikal..pemimpin yang berfikir -
Seorang ketua haruslah mampu melakukan penyiasatan yang cepat dan tepat bagi membuat keputusan yang tegas dalam pelbagai suasana dan masa.
Perkara ini penting bagi kestabilan organisasi dan ahli yang dipimpinnya.
Sikap teragak-agak, kabur, resah dan tidak tegas akan mengakibatkan keadaan kucar-kacir sehingga menyebabkan para anggota bawahan menjadi hilang keyakinan dan seterusnya menyukarkan pengawalan ke atas anggota dan perjalanan pasukan.

9. Kuat semangat-
Hanya dengan kemahuan dan semangat yang kuat sahaja memungkinkan ketua sanggup mengharung segala rintangan dan masalah yang sememangnya dijangkakan akan berlaku dalam mengendalikan sesebuah kumpulan atau organisasi.

10. Optimistik -
Selaku ketua, barisan pemimpin mempunyai pengaruh yang berkesan ke atas anggotanya.
Jika pemimpin berputus asa, maka ia sudah pasti mendedahkan barisan perjuangannya itu kepada kekecewaan dan putus asa.
Sebaliknya jika ia bersikap optimistik, tentulah ia akan menyemarakkan semangat mereka.

Comments

tokasid said…
Mamat, aku suka responses mereka pada soalan hang. Budak2 ni depa masih innocent terhadap politik and responses mereka terhadap pertanyaan tu adalah jawaban ikhlas. So its right utk guide mereka so depa tau what is needed to be a pemimpin. Cuma jangan bila depa dah besar dan ada kuasa depa melencong pulak. Kita dah tengok ramai macam tu.
Anonymous said…
Answers to the first question remind me of Taib Mahmud.(This is how I feel, plz don't sue the blog)

Jawapan kepada soalan kedua remind me of.... Nabi Muhammad kecuali no 8. Sebab tak pernah baca@dengar dalam sejarah Nabi attend kenduri.

Perantau Vaie in UAE

Popular posts from this blog

...PILIHANRAYA...KWS MELAYU.....

Gambir Sarawak

belajar bahasa melayu sarawak....