malu jumpa doktor......


Hampir 93 peratus lelaki berpendapat seks perkara penting dan masalah tidak upaya mencapai ereksi sepenuhnya sedikit sebanyak boleh mempengaruhi kualiti kehidupan mereka. Isu gagal mencapai ereksi (ED) bukan sekadar untuk kepuasan seks saja, tetapi ia menjadi petanda penting kepada pelbagai masalah kesihatan lain.

Bahkan kesan kegagalan ini tidak terhenti di situ. Biasanya lelaki yang mengalami masalah ED berasa tertekan dan isteri secara tidak langsung turut menerima tempiasnya sehingga kadangkala boleh menjejaskan keharmonian rumah tangga.
Berdasarkan Soal Selidik Seks Lebih Baik Global (GBSS) yang dijalankan Pfizer Inc ke atas 12,563 lelaki dan wanita dari 27 negara berumur antara 25 hingga 74 tahun yang membabitkan 253 responden Malaysia mendapati, 88 peratus lelaki dan 85 peratus wanita kita berpendapat seks boleh meningkatkan keyakinan diri.

Kira-kira 87 peratus wanita dan 75 peratus lelaki menganggap seks menjadi saluran untuk menjalin keintiman dan perkongsian dengan pasangan. Malah, 42 peratus rakyat negara ini berpuas hati dengan kehidupan seksual mereka, walaupun kekerapan melakukan hubungan seks hanya 3.5 kali sebulan.

Justeru, hubungan seks penting bagi melengkapkan hubungan suami isteri dalam mencapai kerukunan rumah tangga. Malangnya, hanya 13 peratus lelaki Malaysia bersedia mendapatkan bantuan untuk memperbaiki kualiti hubungan seksual, walaupun 55 peratus mengakui keupayaan mereka tidak lagi sebaik dulu.

Nampaknya, masih ramai lelaki tidak sanggup mendedahkan kelemahan diri untuk mendapatkan bantuan. Berbanding lelaki di negara rantau Asean, kesediaan mendapatkan bantuan di kalangan lelaki Indonesia lebih tinggi (39 peratus) diikuti Singapura (30 peratus), Hong Kong (18 peratus) dan Thailand (15 peratus).

Comments

Popular posts from this blog

...PILIHANRAYA...KWS MELAYU.....

Gambir Sarawak

belajar bahasa melayu sarawak....