Jangan Buang....Email dari Anjang K


Pengalaman memiliki sesuatu yang berharga mungkin tidak ditempuh oleh
semua orang.


Kebetulan TUHAN memberikan sedikit kelebihan juga kekuatan kepada
sesetengah orang untuk lebih berani.

Namun, setelah kita miliki semua yang kita usahakan, kadang-kadang yang
baru mengatasi yang lama.

Rasa kasih, bangga dan gembira mengatasi
perasaan yang sama dulunya.
Dulu kita amat bangga , amat gembira dan amat kasih,
tapi sekarang seolah - olah tiada apa-apa.

Semua ini membuatkan kita termenung dan berfikir jauh.


Bagaimana orang
itu boleh membuang terus sesuatu yang telah berjasa dalam hidupnya.
..........Sesuatu
itu mungkin benda dan mungkin juga manusia.
Jika manusia mungkin ibu kandung, mungkin isteri, mungkin kekasih,
mungkin kawan, mungkin saudara mara dan seterusnya. Mengapa manusia mudah saja bercerai dan berpatah arang ?
Apakah seorang lelaki yang pernah
mengongsi hidupnya dengan seorang wanita tidak mengimbaukan kenangan-kenangan
manis?.......Sebagaimana kita terkadang terkenang-kenangkan kenderaan kenderaan yang
pernah kita miliki.

Sungguh menghairankan, kita boleh ambil dan kita boleh buang begitu
saja.
Kita ambil dengan penuh gembira tetapi selesa membuang seolah-olah dia
tidak pernah berjasa dalam hidup kita.
........Aneh sungguh perasaan sesetengah
kita.....
Manusia diibaratkan pampers, pakai dan buang.
Langsung tidak
berperikemanusiaan.

Andainya boleh, pertahankanlah perhubungan kita sehingga ke akhir usia.
Memang bukan semua dimilikinya menjadi kesukaan kita, tetapi bukan semua
yang ada pada kita juga istimewa buatnya. Kita sama-sama berkongsi hidup
untuk saling memberi dan menerima. Bersyukurlah dia menerima kita
seadanya tanpa meminta balasan atau imbuhan.

Usah sangka kereta jenama paling mahal tidak memberikan masaalah.
Ada
kalanya meragam juga. Usah sangka orang yang serba kekurangan itu tidak
membahagiakan, ada kalanya dia lebih mengerti.
Ada
kalanya kita tidak
pedulikan orang yang perlukan bimbingan dan perhatian serta cinta kita
kerana kita tidak menyintainya.
Tapi mana tahu dia adalah punca kebahagiaan
kita selepas itu.
.........Kerana takdir penentu segalanya

Usah sangka apa yang belum kita miliki janji pada kebahagiaan kita.


Adakalanya apa yang kita kejarkan selama ini bukan yang terbaik untuk
kita.

Ada kalanya setelah kita miliki itulah punca masalah kita.


Jangan sangka
semua yang cerah kekal cerah sampai bila-bila, ada kalanya menjadi hitam
dan menyusahkan.

Semua yang tidak ingin kita miliki bukan penyebab pada ketidakselesaan
hidup kita.

Ada kalanya yang kita tidak ingin itulah asas kebahagiaan
kita.

Selalu kita meletakkan impian muluk-muluk pada kepunyaan orang sedangkan orang turut terliur dengan apa yang kita miliki.


Kadang kadang barang yang
berbungkus itu lebih buruk dari barang yang terdedah kerana kita tidak
tahu apa kecacatan yang ada di dalamnya.

Jangan mudah membuang tambah-tambah lagi jika ia bukan barang tapi
orang.

Mungkin kerana keegoan kita, sesuatu yang paling berharga untuk
kita tetapi kita pandang sepi akan kehadirannya hingga kita sanggup
membuangnya tanpa pedulikan hatinya.


Tanpa pedulikan mungkin dia kan membawa
kebahagian pada kita kerana kita terlalu mengejar impian kita yang belum pasti.

Comments

Popular posts from this blog

...PILIHANRAYA...KWS MELAYU.....

Gambir Sarawak

belajar bahasa melayu sarawak....