Friday reminder

Assalam buat sahabat yg diRahmati Allah.
Salam jumaat..
Peringatan mesra di pagi jumaat.

Sahabat yg di Rahmati Allah..
APA ITU KEJAYAAN? SIAPAKAH ORG YG BERJAYA?

Seringkali kejayaan hanya dikaitkan dengan kemewahan harta benda, pangkat serta darjat semata-mata.

Namun bagi orang Islam, hakikat kejayaan mestilah disulami dengan keimanan yang hakiki demi kejayaan dunia dan akhirat.

Seperti dihuraikan dalam Surah Al-Mukminin ayat 1 hingga 11.

Siapakah dan bagaimanakah ciri-ciri mukmin yang berjaya?
1 - Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
2 - Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
3 - Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
4 - Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
5 - Dan mereka yang menjaga kehormatannya,
6 - Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: -
7 - Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
8 - Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
9 - Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;
10 - Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi.
11 - Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.

Selamat Berhari Jumaat..
Banyak kan selawat keatas baginda Rasulullah saw.
Jgn lupa doa utk kedua org tua kita.

Comments

Popular posts from this blog

...PILIHANRAYA...KWS MELAYU.....

Gambir Sarawak

belajar bahasa melayu sarawak....