KECIL TAPI BESAR MAKNANYA


Kecil tapi besar maknanya.

Seorang rakan FB memberitahu saya beberapa bulan yg lalu, " Dr Mokk, saya dah transfer ke akaun NGO RM10. Lain kali saya transfer lagi insya ALLAH."

Mulanya saya fikir rakan saya tersilap taip angka RM itu.
Tapi saya diamkan sahaja dan tidak bertanya untuk mendapatkan kepastian darinya.

Bila ke RHB untuk memeriksa baki akaun, memang betul rakan saya telah memasukkan RM10.

Mungin ramai yg tersenyum kecil atau mencebik, tetapi hakikatnya RM10 itu sudah dapat digunakan untuk membeli sekilo tepung, sekilo gula dan sepaket minyak masak.

RM 10 itu dapat membantu membeli sekotak air minuman cawan kecil. RM10 itu sudah dapat membeli sepaket lampin bayi yg berjenama biasa-biasa.

Siapa kata RM10 itu kecill nilainya?

Siapa kata untuk berinfaq dan bersedekah ke jalan ALLAH ...kita perlu jadi org kaya raya atau jutawan?

Kekayaan sebenar letaknya di jiwa yg besar.

Org miskin tidak makan chicken chop yg berharga belasan ringgit. Org miskin hanya perlukan beras, sepapan telur dan minyak masak.

Bangkitkan jiwa jihad untuk berinfaq apatah lagi di bulan mulia ini.

Terima kasih sahabatku atas pemberianmu.

Comments

Popular posts from this blog

...PILIHANRAYA...KWS MELAYU.....

Gambir Sarawak

belajar bahasa melayu sarawak....