Amanah..



Berapa banyak amanah yg sudah diberikan kepada kita, dan berapa banyak telah kita laksanakan amanah tersebut.

Amanah kita sebagai hamba Allah, sebagai anak, sebagai pelajar, sebagai pemimpin, sebagai kakak/abang/adik, sebagai isteri/suami, sebagai sahabat, dan sebagainya. Begitu banyak amanah yg kita pikul di bahu kita.
Allah telah tegaskan dalam al-Quran, sesiapa yg tidak melaksanakan amanah yg diberikan, maka dia akan diazab dengan azab yg sangat pedih, nauuzubillah.

Menurut Imam Fakruddin ar-Razi, amanah itu dibahagikan kepada tiga perkara;
(a) amanah terhadap tuhan,
(b) amanah terhadap manusia, dan
(c) amanah terhadap diri manusia itu sendiri.


...Amanah terhadap tuhan adalah, dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Adapun amanah terhadap manusia adalah, melaksanakan segala kewajipan yang wajib dilakukan terhadap manusia.

Amanah manusia terhadap dirinya sendiri pula adalah, dia melakukan tindakan yang tidak memberi mudharat pada dirinya sendiri, sebaliknya terus melakukan tindakan yang melahirkan maslahah dan yang lebih baik untuk dirinya.

sahabat2 ku yg sentiasa ku ingati.
Sememangnya amanah itu sangat berat. Oleh itu, kita haruslah sentiasa berdoa kepada Allah agar diberi kekuatan untuk melaksanakan semua amanah yang terpundak di bahu kita. Hanya Allah sahaja sumber kekuatan... utama kita, malah Dia-lah yang maha mengetahui akan sesuatu...^_^

Comments

Popular posts from this blog

...PILIHANRAYA...KWS MELAYU.....

Gambir Sarawak

belajar bahasa melayu sarawak....