dugaan Allah..kesenangan dan kesusahan..
Di dalam Lisanu al-‘Arab, Ibn Manzur telah menyatakan bahawa bala’ merupakan ujian samada yang baik atau yang buruk.
Allah juga telah menjelaskan perkara tersebut didalam surah al-Anbiyaa’;
(( وَنَبْلوكُمْ بٍالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُوْنَ ))
“Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan". [Al-Anbiyaa’: 35]
Sama-sama berdoa memohon keampunan dari Allah kerana telah menzalimi diri sendiri. Sama-sama telah melanggar larangan Allah dari memakan buah pohon Khuldi.
قَالَا رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
“wahai tuhan kami! kami telah menganiaya diri sendiri,
dan jika engkau tidak mengampunkan kami
dan memberi rahmat kepada kami,
maka jadilah kami daripada golongan orang-orang yang rugi”
-Al A’raaf: 23
Kesan daripada taubat dari kesilapan yang telah mereka lakukan telah menjadikan diri mereka hamba-hamba Allah yang soleh. Belajar dari kesilapan untuk menuju kebaikan. Takut untuk menghadapi lagi sebarang kemurkaan.
Bagaimana pula dengan diri kita?
Apakah kesilapan yang telah dilakukan menjadi titik permulaan bagi sebuah kehidupan yang lebih baik dan diredhai.
Atau kesilapan tersebut menjadi titik noktah tanpa penambah baikan bagi episod sebuah kehidupan yang dimurkai?
Comments