raye..

Tinggal 2 hari lagi kita berpuasa...masa berlalu dgn begitu pantas sekali.

Mrs Mokk dah mula sibuk dgn kuih dan biskut...dan anak-anak dah menghitung hari nak claim duit hadiah tamat puasa.

Tahun ni ..puasa agak perit sikit.....makan ubat yang boleh menyebabkan gangguan perut dan kadang sangat pedih dan terasa kembung perut....bila buka terpaksa makan,telan zantac dulu...alhamdullilah dapat get thro' jugak...its all dalm mind je.

Teringat zaman belajar dulu....7 tahun di Lembah Pantai...selama 7 tahun tu lah tak balik raya...dulu mana ada Airasia..
Masa hari raya pekena maggie mee sebelum sembahyang raya dan selepas tu baru pergi rumah kawan kat KL dan Pj...baru lah dapat merasa ketupat dan rendang.
Memang ada member yang offer ajak balik kampung dia orang tapi tak nak menyusahkan kawan dan lagi pun duduk kat asrama dan kampus lagi bebas rasanya.

Bila dengar lagu raya...hilang macho..sebak rasanya...esp lagu Dendang Perantau ,dan bila mendengar takbir raya.memang sedih masa tu...tapi tak tunjuk..control macho....

Bagaimana kalau anak-anak kita berjauhan dg kita semasa hari Raya...sanggup tak?

Comments

Anonymous said…
Salam Dr. Mokk,

Mula2 sekali, terima kasih atas doa2 yang telah dipanjatkan untuk Luqman Zain semasa beliau amat memerlukannya.

Semoga Allah membalas budi Tuan Doktor.

Now, the raya away issue. When I was reading law in Sheffield, Raya was a sad occassion. Phone calls and raya cards could not replace the actual presence of your family.

Terbau-bau kuah kacang dan ketupat palas nenek. Terbayang-bayang keluarga besar bersuara kuat milik saya.

Friends were great help back then. Trapped in the same misery, we stayed close together. Not so much for the raya but for the sake of the togetherness.

And No, I cannot imagine if Luqman were about to be away from me for Raya. Now, I know how my parents felt back then.

Selamat Hari Raya Doktor. Maaf Zahir Batin

Elviza Michele & Luqman Zain
Fauziah Ismail said…
Salam Mokk
Takat ni, tak pernah tidak berhari raya aidilfitri di kampung, cuma pernah balik ke kampung pagi raya (taking the first flight in the morning).
Untuk Hari Raya Haji, pernah merasa beraya di Bangkok dan sekali tu, berhari raya di dalam kapal terbang on the way back from London.
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin to you and family.
tokasid said…
Salam mamat:

Memang..aku bila dok ingat balik kawan2 macam hang yg dari sarawak dan sabah yg terpaksa beraya di kampus selama 7 tahun memang sayu. Balik kampong pun hanya setahun sekali.

Nak cari ilmu dan kehidupan yg lebih baik punya pasal no....

Aku ucapkan Selamat 'Eidulfitri kat nag dan keluarga.

Maaf zahir batin. Aku memang banyak buat salah yg sengaja dan tak sengaja kat hang dulu. Yang aku dok mengatakan kat hang.Yang aku dok titik rokok hang bila aku tak dak duit. Yang aku dok kacau bila hang nak tawaf( hang pun dok kacau aku jugak )

Semoga persahabatan dan persaudaraan kita berkekalan sampai akhir hayat.(kita sama-sama high risk ni mamat)

Love U brader!
mokk said…
salam my friends...

For me..hari raya jauh dari keluarga sejak dari sekolah menengah lagi...kalau dikirakan dari Form 1 sampai grad...12 years tak merasa raya dgn famili....

Tak boleh bayangkan bagaimana perasaan my mum dan dad pada hari Raya...besarnya pengorbanan mereka..sanggup berpisah dgn anak,which i dont think i can do it.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI...

Popular posts from this blog

...PILIHANRAYA...KWS MELAYU.....

Gambir Sarawak

belajar bahasa melayu sarawak....