Iftar di perkampungan Saudara Baru...
Seronok dan rasa amat bertuah dapat berbuka puasa dan bersolat bersama saudara-saudara baru di kampung Darul Iman Tebedu kira-kira 95km dari kota samarahan.
Kampung ini telah dibuka utk saudara-saudara baru dalam tahun awal 80-han oleh Tun Abdul Rahman (mantan CM dan TYT Sarawak).Tanah utk org kampung di beli oleh BINA(HIKMAH) utk dijadikan penempatan.Hikmah menyedia Daie utk kampung ini bertindak sebagai Imam,pengajar dan tempat rujukan utk org kampung.
Amat berbangga kerana kami di imamkan saudara baru dan di perdengarkan bacaan alquran oleh anak-anak saudara baru kita dan bacaan mereka bagus sekali.
Walaubagaimana pun ada juga yang sudah balik ke ugama asal mereka..tapi jumlahnya tak ramai (yg declared )...yang tak declare pun ada juga tapi tak ramai...insyaAllah dapat dikawal oleh Daie-daie kita di situ dan sokongan dari badan-NGO yang lain.
InsyaAllah kita akan terus mengadakan program utk perkampungan ini.Di Samarahan terdapat beberapa buah perkampungan Saudara Baru.....di Simunjan,di Serian dan di Pedawan.
Tak Ramai orang koperat dan Syarikat-syarikat besar yang membantu...agaknya apa sebabnya?...kawan saya cakap "tak glamour" ....entahlah.
Mengikut Daie di kawasan ini mereka menghadapi masalah pendakwah agama lain yang selalu mengunjungi dan menyebarkan agama mereka dan penduduk ini di gulakan dengan wang ringgit,beras,gula dan makanan lain....dan Daie ini tak mampu mengatasi masalah ini berseorangan tanpa pertolongan dari orang Islam lain...
Comments
Aku seronok bila saudara baru jadi imam kita solat. Pertama dia akan tahu bahawa tidak ada beza antara dia dgn kita( yg dari lahir dah Islam)di mata ALLAH dan satu lagi dia akan tahu kita tak pandang rendah pada saudara baru.
Memang payah nak dapat bantuan bila nak buat kerja2 dakwah ni mamat. Kalau nak anjur konsert mungkin ramai org kaya akan beri bantuan. Atau kalau keluar TV ke,Paper ke baru ramai .
Itu beza para Sahabat Nabi saw dgn kita. Para sahabat akan beri bantuan dalam dakwah Islamiyyah. Yg ada harta akan sumbangkan harta. Yg tak berharta tapi pandai membaca atau menulis atau berpidato, masing2 memberi sumbangan kepada usaha dakwah.
Malang nya zaman kita, yg berharta merasa rugi kalau diberi bantuan utk kerja dakwah. Yg pandai menulis atau berpidato merasa lebih baik tulis atau pidato hal2 lain yg boleh memberi pulangan atau jadi terkenal.
Lebih malang lagi, aku punjarang membantu kerja-kerja dakwah di sini.