BILA ALLAH MENJEMPUT PULANG Sepahit apapun kejadian, suatu hari nanti ia akan menjadi kenangan. Seindah apapun kehidupan, suatu hari nanti ia akan kita tinggalkan. Dunia kita kumpul untuk diTINGGALkan...tetapi akhirat kita siapkan bekal untuk diDATANGI kerana kita akan pulang ke sana... Bila kita kumpul dunia banyak, hati akan jadi berat ingin meninggalkan dunia...sebab cinta dunia menjadi kuat. Tambahan pula bila nampak yang kita kumpul itu menimbun...blh menjadi faktor takutkan kematian... Tapi bila kita menambah bekal akhirat banyak², tak sabar pula ingin pulang ke akhirat sebab harta dah dihantar banyak ke sana...tu yang mati tersenyum gembira. Sama seperti kita kerja di perantauan tapi upah/gaji kita hantar ke kampung...rasa tak sabar ingin pulang ke kampung kerana upah/gaji yang telah di hantar ke sana dan telah digunakan untuk membangun rumah, beli tanah dan harta di sana.. Begitulah Akhirat.. Kalau telah di hantar amalan dan harta pulang ke sana...Mahligai pun telah ...
Comments
Good to know hang dah boleh membuat sumbangan masyarakat semula. Alhamdulillah. Aku suka bila di sana di buat program utk remaja bermasaalah. Kat sini tak pernah pulak aku dengar atau tahu depa ada buat. kalau nak buat konvoi motorsikal dan basikal bawa bendera tu memang sering la org Jebatville ni buat.
Selamat berpuasa( jgn ada Superchicken lagi)
Kita dalam Hikmah(ngo badan dakwah di negeri Sarawak) selalu menganjur program macam ni...
Dalam bulan puasa ni dah banyak program yang diatur..di kampung-kampung Saudara2 Baru...yang selalu di abaikan oleh pehak yang berwajib.
Mamat..sedih tengok saudara baru yang di abaikan tu...ramai yang dah murtad balik.
Saudara baru ni kena ada selalu follow-up oleh kumpulan yg mengajak mereka ke arah Islam. Kalau kita ajak dia masuk Islam dan kemudian abaikan memang susah. mereka terasa di sisih oleh kedua-dua belah. Dari kaum mereka mungkin di pulaukan atau ada yg sampai di ugut dan di pukul( di Semenanjung). Di pihak org Islam pula, mereka tidak dipedulikan dan mereka terasa tidak di kehendaki/unwanted.
Aku harap Hikmah akan lakukan sedaya upaya dan kalau boleh Hikmah kena ada kerjasama dgn Jabatan atau Majlis Ugama Islam Sarawak. Atau boleh JV dgn ABIM Outreach serta JIM. Juga mungkin kena jumpa Pejabat Zakat utk membantu uruskan penyerahan zakat kepada saudara baru.
Why not hang jumpa Dr Juanda, timbalam mufti sarawak and discuss dengan dia .
Bagaimana pun , aku sokong usaha hang dan Hikmah kerana di sisi ALLAH itulah yang terhebat, usaha untuk pulihkan iman dan aqudah. You take care my saudara.