SELAMAT HARIJADI MAIZATUL.......


SELAMAT HARIJADI KE 12....kepada permata hati abah dan mami.....MAIZATUL AZWEEN..
Semuga dipanjangkan usia..sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah....
We all...love you soooooo much......

PESANAN ABAH DAN MAMI...BUAT RENUNGAN MAI......

1.senyum selalu.....Mai mempunyai senyuman yang menarik(macam abah)...kerana senyuman itu tanda kemesraan..dan merupakan satu sedeqah.

2.Kesenangan dan kemewahan selalu membawa kpd kesombongan dan kelalaian...berhati-hatilah anak ku.jadilah org yang sentiasa bersyukur dan merendah diri....

3.Sentiasa bersyukur keatas nikmat.......dan bersabar keatas kesulitan dan ujian Allah....Abah tahu ianya senang disebut tapi susah dilaksanakan...tak apa at least kita sedar semuanya drp Allah.

4.Jangan sombong.......Mai mesti tahu sifat org sombong ,antaranya
......1.cepat nak marah...
......2.suka memotong percakapan orang...
......3.suka bertengkar atau berdebat..dan dia saja yang betul...
......4.susah hati kalau org lain lebih drp nya....
......5.bercakap ..selalu meninggikan suara...
......6.tak boleh di tegur....
......7.perasan dia semua tahu....
......8.tidak mempunyai rasa bersalah walau pun buat salah..

5.Kita hanya manusia biasa..we tend to make mistakes....setiap mistakes yang kita buat ,jadikanya sebagai pengajaran....Insafilah sebagai satu kelemahan diri kita......dan berazamlah utk tidak mengulanginya.

6.Jika kita selalu ingat dosa......kita tidak akan mengukit kebaikan yang kita dah buat..apatah lagi nak berbangga dgn apa yang kita dah buat......

7.Jangan terlalu cepat rasa senang dgn pujian......dan terlalu sensitif dgn kritikan,ini menunjukkan kita ada kepentingan peribadi....dan tidak ikhlas membuat kebaikan.

8.Jangan berputus asa dan lalai mencari ilmu, Allah berjanji menaikkan darjat org yang berilmu.

9.Jangan melalaikan solat..dan melakukan apa yang disuruh Allah dan meninggalkan apa yang di larangNya.

10.Dan Abah ingin Mai tahu....Abah tak mempunyai harta utk Mai...hanya yang abah inginkan supaya Mai berjaya dlm pelajaran Mai....I will be there for you..sayaaaang Along.

Comments

Popular posts from this blog

...PILIHANRAYA...KWS MELAYU.....

Gambir Sarawak

belajar bahasa melayu sarawak....