Pesan buat ibubapa

Jika kita nak anak baik dan cemerlang, kitalah yang kena memperbaiki hubungan dengan Allah SWT.
Ibu ayah hendaklah selalu kembali kepada Allah dengan rajin taubat nasuha. Mengerjakan solat sunat taubat meminta ampun pada Allah.

“Ya Allah ampunkan dosa-dosa kami, kejahilan, kealpaan dan kecuaian kami terhadap anak-anak, ampunkan tangan-tangan kami yang sering melakukan dosa. Janganlah kesalahan kami jadi tempias kepada anak-anak kami.”

Hanya Allah yang membuka pintu hati anak-anak kita.
Dia jua yang menyampaikan aura kita kepada anak-anak.
Kita boleh pesan, nasihat dan bebelkan anak-anak tapi yang sampaikan dalam hati mereka adalah Allah SWT.

Kalau kita banyak bergelumang dengan dosa dan buat salah silap, frekuensinya tak akan sama, ia tak sampai dan masuk ke dalam hati anak kerana yang masukkannya adalah Allah SWT.

Allah hendak melihat ibu bapa luar biasa mendekatkan dirinya kepada Allah.

Comments

Popular posts from this blog

...PILIHANRAYA...KWS MELAYU.....

Gambir Sarawak

belajar bahasa melayu sarawak....