Hadiah
KISAH ISTERI KHALIFAH MENERIMA HADIAH
Pembesar Rom dan isterinya telah berkunjung ke Madinah semasa pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab. Mereka sudah pasti berjumpa dengan Kepala Negara dan isterinya. Tanpa disedari Umar, isterinya telah dihadiahi sekalung rantai emas oleh isteri pembesar Rom tersebut.
Pada suatu hari Saidina Umar terlihat isterinya memakai kalungan rantai emas tersebut.
UMAR: Daripada mana kalung itu datang?
ISTERI: Diberi isteri pembesar Rom yang berkunjung tempoh hari.
UMAR: Kalung pemberian atau hadiah itu bukan kepunyaanmu.
ISTERI: Kalung itu kepunyaanku kerana ia dihadiahkan kepadaku.
UMAR: Adakah pembesar Rom akan menghadiahkan kalung emas tersebut sekiranya engkau bukan isteri khalifah? Berapa ramai wanita di Madinah, mengapa mereka tidak mendapat hadiah daripadanya? Ini bermakna kalung itu engkau dapat kerana kedudukanmu sebagai isteri khalifah. Justeru kalung itu sudah tentu hak negara. Jadi pulangkan ia ke Baitul Mal.
Isterinya akur dan patuh, lalu dengan rela menanggalkan kalung itu dari lehernya dan dengan senyum menyerahkannya kepada Umar.
PENGAJARAN:
1. Sebarang derma, hadiah dan pemberian kepada pemimpin adalah atas kedudukannya sebagai Ketua Negara.
2. Hadiah atau derma atau pemberian tidak mungkin diberi jika dia rakyat biasa atau tidak mempunyai kedudukan dalam kerajaan. Justeru hadiah dan derma itu milik negara.
3. Hadiah atau derma atau pemberian perlu diisytiharkan dan dipulangkan kepada Baitul Mal atau perbendaharaan negara.
4. Sebagai Ketua Negara, hendaklah tegas, jujur dan amanah dalam mentadbir negara.
5. Isteri kepada Ketua Negara wajib patuh dan akur dengan penjelasan dan keputusan suaminya yang merupakan Ketua Negara / pemimpin.
Comments