Tazkirah Ramadhan D11
Assalam buat sahabat yg diRahmati Allah.
Tazkirah Ramadhan D11 dan peringatan mesra .
Ramadan ini terbahagi kepada 3 fasa, iaitu 10 ramadan yang pertama adalah rahmat, 10 ramadan yang kedua adalah keampunan 10 fasa terakhir adalah fasa pembebasan dari api neraka.”
Sahabat ku bakal ahli syurga...
Cuba kita imbas kembali, bertanya kepada diri sendiri, adakah benar kita berada di kelompok “rahmat” di fasa pertama ni?
Adakah kita berasa ‘rahmat’ pada 10 hari yang lepas?
Adakah dengan datangnya ramadhan kita ikhlas beribadah?
Adakah kita hanya sekadar raikannya sahaja?
Adakah dengan ramadhan kita sudah berubah, dari selalu bersangka buruk kepada bersangka baik?
Adakah kita dapat tahan mulut kita dari bercakap kosong?
Adakah kita dapat jaga mata kita dari tengok benda yang sia-sia?
Adakah kita betul-betul beribadah semata kerana kita beriman kepada-Nya dan mengharapkan sepenuh ganjaran hanya dari-Nya.?
Moga dengan peringatan ini dapat mengingat kembali untuk terus berjuang.
Selamat melalui fasa Rahmat dan selamat Berpuasa.
Apa yang diungkapkan diatas, aku sendiri pun belum tentu dapat nak jawab, terasa diri ini masih banyak lagi kekurangan yang perlu dibaiki.
Ya Allah ,terimalah solat kami,rukuk kami,sujud kami,puasa kami,qiyam kami dan ampunkan dosa kami.
Comments