Solat

Assalam buat sahabat yg diRahmati Allah.
Sekali lagi anda dikirimkan peringatan Mesra Hari Jumaat.
Semoga Bermenafaat.

Sahabatku bakal ahli jannah...

Dulu waktu sekolah rendah, kalau DATANG LAMBAT, kena denda kutip sampah sekitar kawan sekolah.

Naik sekolah menengah, kalau DATANG LAMBAT, pengawas ambik nama dan cikgu disiplin akan sebut nama waktu perhimpunan.
Kena denda juga kutip sampah atau cuci tandas.

Masuk universiti, kalau DATANG LAMBAT ke kuliyyah, lecturer potong markah...
Ada juga yang terus tak boleh masuk, lecturer kunci pintu.

Bila dah bekerjaya, kalau DATANG LAMBAT, bos akan marah, bonus dan kenaikan gaji terjejas. Markah SKT kurang.
Bahkan kalau selalu sangat, HR akan hantar showcause letter.

Tapi...

Kalau DATANG LAMBAT solat jemaah, samada tertinggal rakaat pertama atau bahkan kalau datang ketika tahiyyat akhir, Allah tetap beri ganjaran 27 kali pahala. Tak kena tolak jadi 20, 10 atau 7. Tetap juga 27. Cuma pahala afdhalnya yang mungkin berbeza di sisi Allah..
Allahuakbar... Betapa Allah sangat sayangkan hamba-Nya..

Selamat Berhari Jumaat...semoga dilimpahi dgn keberkatannya.

Comments

Popular posts from this blog

...PILIHANRAYA...KWS MELAYU.....

Gambir Sarawak

belajar bahasa melayu sarawak....